Perunding Pelaburan Dan Simpanan Emas

Friday 2 December 2011

Prestasi Harga Emas Diunjur Terus Melonjak

Berita Harian
Oleh Mahanum Abdul Aziz
mahanum@bharian.com.my
2011/08/02

Pelaburan dijangka beri pulangan 24 peratus setahun

PELABURAN dalam emas diunjurkan mampu memberikan pulangan sehingga 24 peratus setahun dalam tempoh tiga tahun akan datang dengan harga logam berharga itu dijangkakan mencecah AS$2,100 seauns menjelang 2014.
Ketua Strategi Pelaburan Standard Chartered Bank (Stanchart), Steve Brice, berkata permintaan bagi emas dijangkakan terus meningkat terutama dari China serta India berikutan peningkatan pendapatan boleh guna di kedua-dua negara itu.
Beliau berkata, keadaan ekonomi global yang tidak menentu berikutan masalah hutang di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah yang berlarutan juga menggalakkan bank pusat seluruh dunia meningkatkan rizab emas masing-masing.

“Kami yakin dengan prestasi harga emas berikutan permintaannya dijangka terus meningkat kerana pelabur melihat komoditi itu sebagai pelaburan lindung nilai,” katanya pada taklimat media mengenai jangkaan pelaburan separuh kedua di Kuala Lumpur, semalam.

Brice berkata, pihaknya menjangkakan harga emas mampu mencecah paras AS$1,650 seauns menjelang akhir tahun ini.

Keadaan persekitaran kadar faedah benar yang negatif di AS juga mendorong kepada peningkatan permintaan emas kerana kebiasaannya ia sangat tinggi ketika kadar faedah benar adalah negatif, jelasnya.
“Dalam tempoh Disember 2007 hingga kini, emas mencatatkan pulangan terkumpul sebanyak 43 peratus,” katanya.

Harga emas terus didagangkan kukuh mencecah AS$1,632.30 seauns Jumaat lalu berikutan data ekonomi yang lemah di AS.

Bagaimanapun, harganya jatuh 0.7 peratus kepada AS$1,615.19 pada sesi dagangan semalam berikutan persetujuan pemimpin kongres AS untuk menaikkan had hutang dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan bagi mengelak potensi gagal membayar hutang.

Selain emas, Brice berkata, pelaburan pasaran ekuiti juga dijangka memberi pulangan baik dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Beliau berkata, di sebalik keadaan tidak menentu di pasaran dunia, pasaran ekuiti masih mencatatkan prestasi baik berbanding kelas aset lain.

“Pada separuh pertama tahun ini, pasaran ekuiti mampu mencatatkan aliran meningkat walaupun ada beberapa berita buruk di pasaran seperti krisis hutang di Eropah dan AS, gempa bumi di Jepun serta krisis politik di Asia Barat.

“Ini bermakna terdapat kecairan di dalam pasaran kewangan dunia ketika ini yang menggalakkan aktiviti pelaburan,” tambahnya.

Beliau berkata pasaran ekuiti di China, Korea, Taiwan dan Jepun dijangka menarik perhatian pelabur asing kerana harga sahamnya sangat murah serta menawarkan pulangan yang menarik jika dibandingkan dengan pasaran saham lain.

------------------------------------------------------------------------------
Lihat Barang Kemas Sinargold Klik Sini
Beli Barang Kemas Sinargold   Klik Sini

Friday 18 November 2011

Faktor Penting Sebelum Membeli Emas Pelaburan

Bagi memaksimumkan keuntungan, pelabur disarankan mengambil kira faktor-faktor berikut:
  1. Harga emas tersebut semakin murah harganya maka semakin baik.
  2. Emas fizikal atau akaun simpanan emas? Emas fizikal lebih baik.
  3. Ketulenan emas sebaiknya beli emas 999.9 atau 916.
  4. Stok yang mudah diperoleh walaupun harga turun atau naik.
  5. Perbezaan harga belian dan jualan adalah rendah (spread).
  6. Syarat-syarat lain yang dikenakan contohnya emas tersebut tidak boleh calar, bengkok atau sumbing, resit asal perlu disediakan dan lain-lain lagi.

Sumber: danishgold

------------------------------------------------------------------------------
Lihat Barang Kemas Sinargold Klik Sini
Beli Barang Kemas Sinargold   Klik Sini

Teknik-teknik menjana keuntungan dengan emas

  1. Beli emas fizikal dan pegang selama yang mungkin sebagai aset.
  2. Beli emas fizikal ketika harga rendah dan jual apabila harga tinggi
  3. Buat pinjaman semaksimum mungkin dan beli emas fizikal.
  4. Membuat keuntungan dengan emas fizikal (menggunakan teknik pajak)
  5. Melabur sambil berniaga emas.

Ini adalah graf Kenaikan Harga Emas dalam 10 tahun!
melihat kepada graf ini, sudahkah anda yakin dengan pelaburan Emas?

Hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Emas Fizikal VS Akaun Emas

Di Malaysia, selain dari jongkong emas (emas fizikal), terdapat juga akaun pelaburan emas (Gold Investment Account) yang ditawarkan oleh beberapa bank-bank komersial. Di antaranya adalah Public Bank, Kuwait Finance House & Maybank.

1. Untuk akaun pelaburan emas, kita hanya perlu pergi ke bank berkenaan bersama duit.kemudian setelah selesai, kita akan membawa pulang buku akaun kita.

2. Untuk pembelian emas fizikal, kita menyediakan wang kemudian berhubung dengan Dealer Public Gold atau ke mana-mana kedai emas yang menjual jongkong emas. (Recommended : Public Gold kerana lebih murah dan mudah dipajak) atau boleh terus hubungi saya. Setelah selesai pembayaran, emas fizikal tersebut akan menjadi milik kita.

3. Bank hanya buka pada hari bekerja (Isnin-Jumaat/Ahad-Khamis), jadi proses withdrawal dari GIA anda hanya boleh dilakukan pada waktu tersebut sahaja.

4. Dengan adanya emas fizikal di tangan anda, sekiranya berlaku kecemasan, lebih mudah untuk anda menjual emas anda sama ada kepada rakan-rakan atau dealer Public Gold.(Jual pada saya pun boleh).

5. Kalau sayang nak jual emas fizikal anda, tetapi anda memerlukan wang, pajakkan saya di Ar-Rahnu, sama ada Ar-Rahnu Agrobank, Yapiem atau KPMNJ (bergantung pada lokasi anda).

6.Terdapat beberapa terma yang perlu dipatuhi di dalam GIA berbanding emas fizikal.

Kesimpulannya, menyimpan emas fizikal adalah lebih baik berbanding dari GIA kerana sekiranya berlaku sebarang kecemasan, anda boleh memajak atau menjual emas fizikal anda berbanding akaun GIA. Namun demikian, terpulang kepada individu untuk menilai yang mana lebih baik.

Contoh Emas Fizikal

Contoh  Gold Investment Account

sumber : emasuntuksemua & firazgold

Monday 14 November 2011

Elak tertipu beli emas (Skim 30/70)

Selasa, 15 November 2011 - SEPANJANG tahun ini kita dihangatkan dengan kenaikan harga emas di pasaran global sehingga mencecah lebih daripada RM200 segram bagi emas tulen 24k.

Maka, bagi mereka yang sejak sekian lama ada menyimpan emas, pasti hari ini akan tersenyum lebar disebabkan kenaikan mendadak harga emas membolehkan mereka mengaut keuntungan berlipat kali ganda.

Bagi yang tidak pernah menyimpan emas, pasti akan terfikir sekarang untuk mula menyimpan emas kerana dapat melihat kecenderungan kenaikan harga emas di pasaran yang memungkinkan mendapat keuntungan dengan kenaikan harga emas.

Di sebalik keghairahan kita untuk membeli emas, pasti akan ada pihak yang akan mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan yang lebih di sebalik kesusahan orang lain.

Inilah yang sedang berlaku di Malaysia. Saya menulis ini sekadar nasihat sebelum anda semua terkena.

Hari ini, kita tahu terdapat bank di negara kita yang menyediakan perkhidmatan pajak gadai berlandaskan syariah seperti Ar-Rahnu.

Tujuan sebenar perkhidmatan ini adalah untuk memberi pinjaman kewangan kepada mereka yang memerlukan terutama peniaga kecil yang memerlukan modal pusingan untuk meneruskan perniagaan mereka melalui pajakan barangan emas mereka di Ar-Rahnu.

Tetapi ada segelintir mereka yang lebih bijak dari pihak bank dengan menawarkan skim pembelian emas di pasaran dan dipajakkan di Ar-Rahnu untuk mendapatkan keuntungan.

Mereka sebagai ejen jualan emas akan mencari pelanggan yang mahu membeli emas untuk pelaburan dan ini adalah tidak salah.

Tapi yang salahnya apabila ada daripada mereka meminta pembeli membuat pinjaman bank atau koperasi untuk membeli emas dengan mereka dan dipajakkan di Ar-Rahnu dengan sistem 30:70.

Pembeli hanya keluar wang mereka 30 peratus saja, manakala 70 peratus adalah daripada pinjaman Ar-Rahnu apabila emas dipajakkan.

Sebagai contoh, pembeli diminta membuat pinjaman RM30,000 untuk membeli emas.

Sebenarnya tanpa kita sedari, kita sudah membeli emas pada nilai RM100,000, di mana RM70,000 yang dikeluarkan oleh pihak Ar-Rahnu akan diambil oleh pihak penjual emas.

Ini bermakna, jumlah emas yang dipajakkan di Ar-Rahnu bernilai RM100,000.

Penjual emas akan memomokkan anda sebagai pembeli boleh mendapat keuntungan dengan membuat tukaran surat pajakan apabila harga emas naik.

Tetapi apa yang berlaku kini harga emas sedang turun sejak sebelum puasa lagi.

Maka, pembeli tidak akan dapat keuntungan sebab harga emas tidak naik dan masih perlu membayar ansuran bulanan pinjaman pembelian emas tadi untuk tempoh 20 tahun.

Lebih memburukkan keadaan apabila pihak Ar-Rahnu hanya membenarkan emas dipajak untuk tempoh masa enam hingga lapan bulan saja dan pihak pembeli perlulah menebus semula emas mereka sebelum boleh memajakkan semula ke bank.

Di sinilah masalah akan timbul apabila pembeli terpaksa menyediakan 70 peratus bahagian yang bank keluarkan ketika pajakan dibuat untuk menebus semula emas berkenaan sedangkan wang itu sudah diambil oleh ejen emas sewaktu memajakkan emas berkenaan.

Akhirnya, apabila pembeli tidak mampu menyediakan wang berkenaan, maka pihak bank akan melelong emas kita itu tadi dan pembeli yang menanggung kerugian.

Sudahlah hutang bank selama 20 tahun perlu dibayar, emas kita pula digadai oleh pihak bank.

Apa yang saya hendak tekankan di sini ialah tidak salah untuk kita melabur dalam emas.

Tetapi bukanlah dengan cara meminjam duit dari bank dan beli emas kemudian digadaikan.

Akhirnya, diri kita sendiri yang tergadai untuk membayar hutang dalam tempoh 20 tahun.

Pelaburan emas hanya menguntungkan jika kita membeli emas 100 peratus menggunakan duit sendiri.

Saya kasihan melihat orang Melayu ditipu oleh orang Melayu sendiri.

Daripada mengimpikan kekayaan, akhirnya berakhir dengan kemiskinan akibat hutang yang ditanggung.

Untuk kaya, kita perlulah berusaha untuk menambah pendapatan.

Masalahnya orang Melayu kita lebih suka duduk goyang kaki mengharapkan imbuhan setiap bulan.

Diharap, pihak bank dan kerajaan mengambil tindakan sewajarnya bagi membendung aktiviti pelaburan emas seperti ini sebelum lebih ramai bangsa kita muflis dalam angan-angan mereka sendiri.

PELABUR EMAS SEJATI Johor Bahru

Jom Rebut Peluang MEGASALE SINARGOLD – 14 - 30 NOVEMBER 2011

Megasale yang bermula 14 - 30 Noveber 2011 kami memberikan anda HARGA TERMURAH.

DISKAUN 4%- akan diberikan kepada semua pelanggan yang membeli pada tempoh masa tersebut.

Pilih barang kemas anda dari 21 jenis yang dikeluarkan oleh Sinargold, yang menjanjikan emas termurah dipasaran dan tanpa upah. Ianya sangat berbaloi kerana harga emas dijangka terus meningkat sehingga penghujung tahun ini.

Harga Emas Lepasi Paras AS$1,800 Seaun

NEW YORK 11 Ogos – Harga emas dunia melepasi paras AS$1,800 (RM5,400) seaun semalam buat pertama kalinya selepas pelabur menarik keluar pelaburan mereka bagi membeli kontrak komoditi itu.

Emas menjadi kegemaran pelabur bagi berhadapan dengan keadaan pasaran yang tidak menentu pada masa ini.

Sementara itu, di awal dagangan pasaran emas Asia, komoditi tersebut melonjak ke paras tertinggi AS$1,814.50 (RM5,443.50) hingga AS$1,815.50 (RM5,446.50) seaun.

Rekod itu dicatatkan selepas pasaran ekuiti Asia menjunam pada dagangan awal, dengan Tokyo kerugian sehingga dua peratus, Seoul pula jatuh sebanyak empat peratus dan Sydney didagangkan 1.5 peratus lebih rendah.

Para pelabur telah dikejutkan dengan kemungkinan penurunan taraf kredit Perancis yang berada dalam keadaan terumbang-ambing selepas penarafan kredit Amerika Syarikat (AS) diturunkan untuk pertama kalinya.

Khabar angin tentang penurunan taraf kredit Perancis itu timbul ekoran masalah yang dihadapi oleh beberapa bank di negara itu dan menguatkan lagi kebimbangan krisis hutang zon Eropah yang telah merebak.

Pelabur-pelabur bimbang bahawa Itali dan Sepanyol akan menjadi negara seterusnya yang tidak mampu membayar hutang mereka.

Sistem kewangan Eropah berada dalam keadaan buruk disebabkan oleh pihak bank yang memegang bon negara-negara yang mempunyai hutang besar seperti Greece dan Portugal.

Para pelabur dilihat berpaut kepada apa yang mereka rasakan sebagai pelindung nilai berbanding turun naik pasaran saham dan mata wang.

Komoditi itu pernah didagangkan sekitar AS$900 (RM2,700) pada musim panas 2008 sebelum krisis kewangan berlaku pada tahun itu. – Agensi

Sumber: Utusan Online

Masa Sesuai Membeli Emas ?

Harga emas di pasaran ada kala naik ada kala turun. Kalau ditanya pada sesiapa pun, kebarangkalian mereka jawab membeli emas ketika ada duit dan harga emas turun. Sebenarnya ada beberapa faktor lain yang harus kita ingat bila masa yang sesuai untuk membeli emas. Antaranya:

Faktor Pertama – Jika berlaku sebarang acara terbesar di Cina, India atau negara lain yang sinonim dengan Emas, ianya adalah waktu terbaik untuk anda beli emas sebelum acara tersebut. Harga emas naik ketika Piala Dunia di Afrika Selatan, Olimpik di Beijing dan Sukan Komanwel di India pada June 2010.

Faktor Kedua – Anda boleh melihat keadaan ekonomi dunia sebagai rujukan. Jika harga Dollar US berbanding ringgit mengukuh jatuh harga emas akan naik. Kenapa? Harga emas di nilai dengan menggunakan Dollar US. Apabila US Dollar naik, kita memerlukan lebih ringgit untuk membeli emas.

Faktor Ketiga - Keempat, berapakah pengeluaran emas semasa , jika pengeluaran emas di lombong semakin rendah, harga emas akan naik. Ini teori permintaan dan penawaran.

Faktor Keempat – Apakah Landskap ekonomi sekarang, harga emas akan naik ketika ekonomi dalam keadaan jatuh, seperti kejatuhan ekonomi dunia, kejatuhan matawang dollar dan sebagainya, seeloknya anda beli ketika ekonomi bergerak perlahan.

Jenis emas terbaik untuk anda buat pelaburan adalah emas 24 karat atau orang tua di kampung lebih senang memanggilnya emas sepuluh atau emas 999. Bagi Emas 916 pula peratus susut nilainya lebih tinggi berbanding emas 999. Emas putih pula susut nilainya sangat tinggi dan harus di elakkan sekiranya ingin membuat pelaburan.

Sumber: on9info.com

EMAS Adalah Simbol Kekayaan Sebenar!

  • Ia sukar diperolehi.
  • Emas tidak boleh dibinasakan.
  • Warna kuning keemasan yang sangat menarik dan tidak luntur .
  • Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
  • Aset yang terunggul.
  • Ia tidak boleh dimanipulasikan.
  • Nilai yang terpelihara dan kekal.
Sukar Diperolehi – Sememang nya emas amat sukar untuk diperolehi. Ianya adalah sumber mineral dan hasil perut bumi dan ianya tidak boleh dicipta untuk menambah bilangan emas. Ianya bukan barang yang boleh dibuat dihasilkan dengan kepandaian manusia melainkan hanya untuk memproses untuk menjadikan ianya produk emas. Ini kerja Allah yang esa.

Tidak Boleh Dibinasakan – Sebagaimana sukar untuk memperolehinya, begitu juga dengan kesukaran untuk memusnahkannya. Adakah emas boleh dibakar dengan suhu panas biasa? Adakah ianya larut di dalam air? Adakah emas luntur warnanya? Tidak bukan… Jadi ianya terbukti tahan dan kalis musnah.

Warna Kuning Keemasan - Lihat sahaja warnanya ianya sudah melambangkan kemewahan. Bahkan Raja-Raja pun banyak menggunakan warna kuning emas ini sebagai tanda kedaulatan dan kekayaan negeri.

Harga Emas Yang Meningkat – Harga emas akan meningkat sebanyak purata 40% dari tahun ke tahun. Tak percaya boleh Google! Untuk info, kenaikkan emas pada tahun 2010 ialah 27%.

Aset Yang unggul - Jika anda membeli emas dengan kiraan satu Dinar, maka pada masa hadapan anda masih lagi memiliki nilai emas 1 Dinar. Ianya akan tetap berkilau, diterima dan tiada mata wang dunia yang tidak tertakluk oleh emas!

Sukar Untuk Dimanipulasi - Andaikata matawang, ianya amat mudah untuk dimanipulasi. Jika masih ingat bagaimana matawang Ringgit kita di permainkan sehingga pada satu tahap jatuh kepada RM4.50 berbanding dollar. Tetapi tidak pada emas. Emas tidak boleh dicetak, beli secara melampau dan menjual sesuka hati dengan tujuan manipulasi. Bagaimana hendak membeli emas secara banyak jika penghasilannya terhad? Ianya tidak sama sekali lemah seperti matawang
Nilai Terpelihara – Macam yang saya katakan tadi nilai emas adalah unggul dan tidak boleh dimanipulasikan. Sekaligus menjadikan ianya komoditi terpelihara nilainya. Emas adalah absolutely AMAZING and UNBEATABLE!

Sumber: on9info.com

Kenapa Emas?

1. Keselamatan (Security)
Wang yang disimpan di bank akan hilang secara perlahan-lahan dek caj-caj pengurusan bank, caj kad debit, dan sebagainya. Malah sekiranya, akaun simpanan anda dorman atau tidak aktif, bank mungkin akan memotong beberapa ringgit dari akaun antara RM10-RM30 dan berkemungkinan wang simpanan anda akan terus lesap sepenuhnya apabila pihak bank mengambil tindakan untuk menutup terus akaun tersebut. Simpanan emas anda walaubagaimanapun sama sekali selamat dari caj-caj dan kemungkinan yang berlaku seperti wang kertas kerana ia adalah milik mutlak dan peribadi.

2. Perlindungan (Protection)
Simpanan dalam bentuk wang fiat kertas akan sentiasa dimamah inflasi setiap hari tetapi tidak pada emas. Nilai emas anda akan sentiasa meningkat. Anda tidak akan hilang kekayaan jika menyimpan emas.

3. Mudah Dicairkan (High Liquidity)
Pelaburan dalam saham, hartanah, properti, kenderaan, bon, barang antik, artifak, lukisan, dan sebagainya tidak mudah dicairkan. Ianya mungkin memerlukan masa yang minimum sehari atau lebih untuk ditukarkan kepada duit bagi urusan transaksi urusniaga seharian. Ini kerana permintaan segera ke atasnya adalah terbatas, peminatnya tidak selalu ada dengan memetik jari sahaja, malah nilainya mungkn menyusut akibat caj pengurusan, cukai-cukai, upah broker, inflasi, dan pelbagai caj lagi. Untungnya, apabila anda ada emas, dengan mudah anda boleh mencairkannya di mana-mana sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia sekali pun. Terdapat permintaan yang sangat tinggi terhadap emas di mana-mana. Kedai-kedai emas, institusi pajakan, peminat-peminat emas, pengumpul koleksi emas, wakil-wakil bank tertentu, dan mana-mana ejen Serambi Emas dan ramai lagi. =)]

4. Menguntungkan (Profitable)
Keuntungan dari simpanan emas sesungguhnya tidak perlu diperdebatkan lagi. Ini kerana, tidak ada pelaburan lain, yang cukup selamat dan kurang risikonya, tetapi mampu memberikan pulangan yang sangat lumayan setiap tahun. Pelaburan emas secara puratanya memberikan antara 15 – 35% kadar keuntungan setahun bergantung kepada spread emas yang anda beli.

5. Mudah Dipindahkan (Portable)
Sekiranya anda ingin memindahkan wang kertas RM160,000 dari satu tempat ke tempat yang lain, sudah tentu anda akan memerlukan satu beg yang besar untuk mengisinya. Biasanya dipaparkan dalam drama-drama atau filem, pertukaran barang dan wang dalam jumlah yang banyak dilakukan, dengan meletakkan duit tersebut dalam sebuah ‘briefcase’. Sungguh mencurigakan dan tinggi kebarangkalian untuk anda diragut atau dirompak bukan?! Namun, jika anda membawa RM160k dalam bentuk emas, iaitu 1kg jongkong emas, anda mungkin meletakkannya dalam poket anda sahaja tanpa orang menyedarinya ke sana sini dengan selamat.

6. Tahan Lama (Durable) 
Rumah, kedai, bangunan, hartanah, kereta, surat-surat berharga, lukisan seni, wang kertas dan sebagainya akan mudah terbakar, terendam air atau musnah dalam bencana alam dengan begitu sahaja. Dengan itu, nilainya juga akan hilang sama sekali. Sebaliknya, emas yang tahan terhadap segala keadaan cuaca, anti karat, air bahkan api sekalipun hanya melebur sahaja pada suhu yang tinggi (di atas 1083 darjah celcius), emas tetap logam mulia dan tetap bernilai hanya bentuknya saja berubah setelah kembali sejuk dan mengeras. Nilainya emas terus ada sampai bila-bila.

7. Hak pemilikan dan Pengelolaan sendiri (Ownership & Stewardship)
Anda beli emas, anda dapat emas, anda pegang emas, anda simpan emas dan anda yang menguruskan segalanya. Bukan pihak lain atau pihak ketiga. Sama ada anda menyimpannya dirumah atau di peti simpanan(safety deposit), tiada siapa yang mampu menghalang diri anda sendiri untuk mengambilnya apabila perlu. Sekiranya anda ingin memajak atau menjualnya, bagi mendapatkan wang, bila-bila masa sahaja boleh dilaksanakan. Namun, sekiranya aset anda dalam bentuk yang lain, ianya mungkin mengambil masa yang lama, mungkin 10 hari bekerja, walaupun dalam keadaan kecemasan, disaat anda memerlukan, kerana tidak mudah dicairkan. Lihat sahaja pada tabung insurans atau tabung KWSP anda sendiri sebagai contoh, agak sukar untuk mengeluarkannya, walaupun ianya untuk pembiayaan ahli keluarga anda yang sedang tenat memerlukan kos pembedahan atau rawatan yang segera. Pelbagai prosedur perlu diikuti. Kemungkinan besar, ada yang meninggal terlebih dahulu, nauzubillah.

8. Sangat peribadi (Total Privacy)
Aset dalam bentuk properti yang lain seperti akaun simpanan bank, amanah saham, bon, saham, insurans, rumah, bangunan, tanah, dan sebagainya, malah akaun simpanan emas seperti Public Bank GIA atau Maybank GSPA sekalipun akan dapat diketahui, dikesan, direkod dan dinilai oleh pihak lain. Pihak BNM, jabatan audit negara, SPRM, LHDN dan pelbagai agensi lagi mampu mendapatkan jumlah kekayaan sebenar seseorang itu melalui pelbagai cara. Tambahan pula, di era digital money dan jaringan jalur lebar ini, semuanya hanya beberapa saat sahaja. Maka, dengan itu, gerakan freemason dan sistem kewangan yahudi yang sememangnya ingin memerhati dan mengawal ekonomi setiap individu di dunia ini adalah satu matlamat yang telah tercapai. Dengan mengenakan tekanan ekonomi yang hebat bagi melemahkan gerakan penentang mereka menjadi satu perkara yang sangat mudah bagi mereka yang sedia ada mengawal bank-bank pusat dunia, IMF dan Federal Reserve.

Maybank Gold Saving Passbook Account (GSPA). Walaupun spreadyang kecil, tetapi, anda tidak boleh melihat, pegang, atau memajaknya. Public Bank Gold Investment Account (GIA) merupakan produk yang sama seperti Maybank GSPA. Tidak boleh dijual pada bila-bila masa yang anda mahu. Namun, pemilikan emas anda adalah suatu yang peribadi. Jumlah kekayaan anda, hanya anda sahaja yang tahu. Berapa gram atau kilogram emas yang anda miliki bukanlah pengetahuan umum, kerana komoditi emas adalah logam pemilikan bebas.Tiada undang-undang yang melarang anda untuk memilikinya seberapa banyak mana sekalipun. Jadi tidak ada siapa yang tahu jumlah sebenar gram yang anda simpan, apatah lagi pihak bank dan kerajaan, kecuali anda menceritakannya pada umum.

9. Risiko rendah (Low Risk)
Dalam jangkamasa panjang, boleh dikatakan risiko melabur dalam emas adalah sangat kecil dan lansung tiada. Anda mungkin hanya perlu membiayai caj simpanan di safety deposit box sahaja sebagai beban tahunan. Memanglah ada masa dan ketika harga emas jatuh sedikit pada jangkamasa pendek dan sederhana, namun, jika dilihat pada rekod, harga emas setiap tahun tidak pernah jatuh, malah melonjak ke paras harga yang lebih tinggi. Tahun ini sahaja, emas telah mencatatkan kenaikan untuk lebih 34%. Jadi risikonya hanya melibatkan sama ada kehilangan, kecurian atau rompakan sahaja, di mana kebarangkaliannya adalah sangat kecil. p.s: risiko rompakan terhadap apa benda dan aset kita sekalipun adalah perkara yang tidak boleh diketepikan. Begitu juga wang kertas yang tambahan pula terdedah pada risiko terbakar, bencana alam dan sebagainnya.

10. Bebas Cukai & Caj Pengurusan (Tax & Admin Free)
Aset hartanah, saham, bon, bangunan dan lainnya akan dibebankan dengan pelbagai cukai dan caj pengurusan rutin. Cukai pintu, pendapatan, perkhidmatan, perniagaan, dan banyak lagi. Jadi, semakin banyak aset anda, maka semakin tinggi pula kos pembiayaan yang yang membebani kewangan anda. Itu belum dikira kos baikpulih, kos maintainence, penyusutan nilai harta dan juga kos-kos biaya yang tak terduga. Namun tidak pada Emas, If you choose fine gold, fee become free..!

Pemilikan aset seperti hartanah adalah wajib dikenakan cukai dan sekiranya anda tidak menjelaskannya, tindakan undang-undang seperti kompoun, penyitaan, pindahmilik atau dipenjarakan mungkin terjadi.

11. Keindahan dan Kebanggaan (Beauty & Pride) 
Kilauan kuning keemasan telah mewarnai sejarah umat manusia, sebagai lambang kemakmuran, kejayaan, kekayaan, kehormatan, kemurnian dan keindahan yang bernilai seni tinggi pada berbagai bentuk perhiasan, artifak, syiling, jongkong, peralatan dan perlengkapan yang dapat dijadikan sebagai collector items. Dengan memiliki emas, anda akan dapat menikmati sendiri aset dan pemilikan sendiri yang mutlak dengan rasa bangga dan puas. Aset ini kemudiannya dapat diwariskan pula.

Sumber: JongkongEmas.com

Saturday 12 November 2011

Teknik Ar-Rahnu Dalam Pelaburan Emas

Kesedaran masyarakat hari ini terhadap pelaburan emas semakin meningkat. Ramai sudah mengetahu kenapa mereka harus menyimpan emas. Ada yang menyimpan emas dalam bentu fizikal dan ada juga yang mula melabur dalam akaun simpanan emas.

Salah satu keistimewaan emas fizikal (jongkong emas) adalah ianya boleh di Ar-Rahnukan (Ar-Rahnu ialah sistem gadaian Islam). Ia membolehkan kita meminjam wang daripada institusi Ar-Rahnu dengan menyandarkan emas milik kita. Nilai maksima pinjaman yang diberikan ialah 65% – 75% daripada nilai emas yang kita pajakkan.

Ilustrasi di bawah akan di tunjukkan bagaimana membuat keuntungan dari pelaburan emas dan menggunakan Ar-Rahnu untuk menggandakan keuntungan tersebut.

Ilustrasi 1

Andaian

Nilai emas: RM20,000 Pinjaman: 70% Kadar upah: 70 sen setiap RM100 nilai emas Tempoh matang : 6 bulan Kadar kenaikan emas: 10% selama 6 bulan

Jika anda mempunyai jongkong emas bernilai RM20,000 dan anda menggadaikan ke Ar-Rahnu, pinjaman yang anda perolehi ialah sebanyak 70% dari nilai emas tersebut iaitu RM14,000 dengan upah simpan sebanyak RM840 selama enam bulan. Dan wang tersebut kesemuanya terus digunakan untuk membeli emas fizikal lagi dan anda membuat gadaiaan ke 2 sehingga lah gadaian ke-6.

Dalam tempoh 6 bulan, jika kenaikkan emas ialah sebanyak 10% (untuk rekod, kenaikan emas 2010 melebihi 25%), anda telah membuat keuntungan sebanyak RM3,412. Jika anda tidak menggadaikan langsung pembelian pertama anda, anda hanya untung RM1,000 dalam masa 6 bulan.

Jadi jelaslah bahawa teknik Ar-Rahnu ini mampu menggandakan keuntungan anda pada kadar kenaikkan emas 10%.

Ok, bagaimana pula jika emas naik hanya 5%? Mari kita lihat ilustrasi 2.

Ilustrasi 2

Andaian

Nilai emas: RM20,000 Pinjaman: 70% Kadar upah: 70 sen setiap RM100 nilai emas Tempoh matang : 6 bulan Kadar kenaikkan emas: 5% selama 6 bulan

Jika kenaikkan emas hanya 5%, anda akan untung hanya RM471. Jika anda tidak menggunakan Ar-Rahnu dan menyimpannya sahaja keuntungannya lebih besar iaitu RM1,000 (Kenaikan emas pada gadaian 1 jika anda tidak menggadaikannya).

Macammana jika emas mengalami penurunan harga? Mari lihat ilustrasi 3

Ilustrasi 3

Andaian

Nilai emas: RM20,000 Pinjaman: 70% Kadar upah: 70 sen setiap RM100 nilai emas Tempoh matang : 6 bulan Kadar penurunan emas: 5% selama 6 bulan

Jika emas jatuh sebanyak 5%, kerugian anda akan berganda-ganda. Daripada kerugian sepatutnya sebanyak RM1,000 diatas penurunan harga emas, anda sudah kerugian RM5,412 jika anda menggunakan teknik tersebut.

Apa yang boleh disimpulkan di sini ialah, jika harga emas mengalami kenaikan harga melebihi dari kos simpan tersebut iaitu dalam lingkungan 8%, anda boleh menggunakan teknik Ar-Rahnu. Tetapi siapa yang boleh buat andaian yang tepat? Inilah risiko yang terpaksa pelabur-pelabur emas hadapi jika anda ingin melabur dalam emas.

Untuk rekod, ramai yang telah berjaya membuat keuntungan menggunakan teknik ini sebelum ini kerana kenaikkan emas setahun melebihi 25%. Anda boleh mengenai Kenaikan Harga Emas 2010.

Apa yang penting, anda perlu bijak merancang. Harga emas mempunyai masa turun dan naik. Jika tepat membuat pelaburan anda akan perolehi keuntungan, jika tidak anda kerugian.

Ramai juga yang mengunakan Ar-Rahnu pada gadaian pertama sahaja. Duit pinjaman yang di perolehi di gunakan untuk membuat pusingan modal dalam perniagaan emas atau pun menyimpan sahaja di dalam pelaburan-pelaburan yang lain seperti Amanah Saham Bumiputra (ASB) ataupun perniagaan-perniagaan lain. Anda yang tentukan.

Kredit: on9info.com

Ar Rahnu - Ciri-Ciri & Kelebihan Berbanding Pajak Gadai Konvensional

Antara kelebihan Ar-Rahnu berbanding Pajak Gadai Konvensional ialah:

Tidak Mengenakan Kadar Faedah (Unsur Riba)

Perbezaan utama antara Ar-Rahn dan Pajak Gadai Konvensional adalah pada perjanjian pinjaman yang dikaitkan dengan sesuatu ganjaran dan bukan pada gadaian itu sendiri. Dalam perjanjian Ar-Rahn, pinjaman yang diberi tidak dikenakan faedah (interest) iaitu riba di mana riba diharamkan oleh Islam, berbanding Pajak Gadai Konvensional yang menjadikan faedah sebagai sumber hasil kepada pemberi pinjaman dan ianya diharamkan oleh Islam.

Nilai Gadaian Tidak Merosot
Nilai gadaian bagi barang yang ingin ditebus semula tidak merosot dan tidak berubah serta tidak berlaku penyelewengan. Tidak berlaku sebarang masalah di mana barang kemas seperti rantai emas apabila ditebus didapati kurang berat atau pendek sedikit daripada sebelum digadai.

Wang Lebih Gadaian Dipulangkan
Sekiranya pemberi gadaian tidak berkemampuan membayar balik hutang yang ditanggungnya apabila tamat tempoh perjanjian, pemberi gadaian akan diberitahu atau dimaklumkan tentang barang gadaian yang terpaksa dijual. Sekiranya harga jualan melebihi baki hutangnya, lebihan tersebut akan dikembalikan. Ini berlaku kerana nilai pinjaman adalah jauh lebih rendah dari nilai barang gadaian.

Barang Kemas Yang Disimpan Selamat
Semua barang kemas yang disimpan dalam skim tersebut adalah selamat. Di mana, penerima gadaian akan menjamin pemeliharaan dan bertanggungjawab ke atas barangan kemas yang diberi oleh pemberi gadaian. Dengan ini, pemberi gadaian tidak perlu risau dengan masalah pemeliharaan dan penjagaan barang kemas mereka sepanjang ia berada di pihak penerima gadaian.

Caj perkhidmatan Yang Rendah
Ar-Rahn menawarkan caj perkhidmatan yang rendah. Semua pengurusan di Ar-Rahn melibatkan kos dan risiko yang rendah jika dibandingkan dengan Pajak Gadai Konvensional. Pajak Gadai Konvisional menawarkan caj perkhidmatan yang tinggi dan ada juga sebilangan pemegang atau tauke Pajak Gadai Konvensional yang menerima atau meminta wang pendahuluan dari penggadai walaupun akta melarang kegiatan tersebut.

Tiada Unsur Penipuan Semasa Membuat Timbangan.
Pemberi gadaian juga tidak perlu risau dengan penipuan-penipuan yang sering berlaku semasa timbangan dibuat. Ini kerana, dalam Ar-Rahnu tidak akan berlaku sebarang unsur penipuan semasa timbangan dibuat dan nilai timbangan yang jelas akan ditunjukkan kepada pemberi gadaian.

Tempoh Membayar Balik Yang Munasabah
Ar-Rahnu juga merupakan sebuah Pajak Gadai Islam yang boleh bertolak ansur dengan pelanggannnya berkaitan dengan tempoh membayar balik wang pinjaman yang telah dipinjam. Tempoh membayar balik yang dikenakan adalah munasabah dan boleh diterima pakai oleh semua pihak. Tidak seperti sesetengah Pajak Gadai Konvensional yang kadangkala meminta wang tambahan daripada pemberi gadaian sekiranya pemberi gadaian ingin melanjutkan tempoh pembayaran balik pinjaman mereka.

Pemberian Notis Kepada Penggadai Tentang Upacara Lelongan
Pihak penerima gadaian akan memberi notis kepada pihak penggadai sekiranya barang gadaian mereka hendak dilelongkan dan tempoh masa membayar balik untuk mereka telah habis. Dengan ini pihak pemberi gadaian akan mengetahui bahawa tempoh masa membayar balik yang diperuntukkan untuk mereka telah habis dan barang gadaian mereka akan dilelongkan.

Memberi Nilai Gadaian Yang Sepatutnya
Perkara ini sering berlaku dalam Pajak Gadai Konvensional. Ia berlaku kerana Akta Pemegang Pajak Gadai tidak menetapkan nilai tara atau kriteria untuk menilai gadaian berkenaan. Dalam Ar-Rahnu, penerima gadaian akan memberi nilai gadaian yang sepatutnya dengan barang gadaian yang digadai oleh penggadai.

- Ar-Rahnu menggabungkan dua konsep syariah yang utama iaitu Ar-Rahnu dan Al-Wadiah Yad Dhamanah: Ar-Rahnu merujuk kepada mekanisme di mana suatu barang berharga dijadikan sandaran yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar dengannya, sekiranya hutang tersebut tidak dapat dijelaskan.

- Al-Wadiah Yad Dhamanah merujuk kepada simpanan barang berharga dengan jaminan. Setiap simpanan akan dikenakan upah simpan.

Kredit to :Publicgolddinar.com

Mana Satu Pilihan Anda

Lonjakan Harga Emas

Lonjakan harga emas-Muka Depan Kosmo (14/4/11)

HARGA emas dijangka meningkat sehingga RM4,840 satu auns pada tahun ini. - Gambar hiasan

LONDON - Harga emas dunia diramal meningkat sebanyak 13 peratus pada tahun ini menjadikan harga logam itu mencecah sehingga AS$1,600 (RM4,840) bagi satu auns (28.3 gram). Kenaikan itu berterusan sejak 2001 didorong oleh kebimbangan terhadap inflasi yang tinggi dan kadar faedah global yang rendah.
"Kami tidak akan terkejut jika melihat harga emas melepasi AS$1,600 sebelum hujung tahun ini," kata Pengerusi Eksekutif firma penyelidikan GFMS Ltd., Philip Klapwijk dalam laporan terbarunya yang disiarkan semalam.

Ramalan itu tidak berubah daripada jangkaan awal yang dikeluarkan pada Januari lalu selepas harga emas mencatat harga tertinggi dalam sejarah iaitu AS$1,478.18 (RM4,472.23) bagi setiap auns di London pada Isnin lalu.

"Para pelabur terus bimbang mengenai inflasi dan kerajaan-kerajaan dilihat kurang berminat untuk mengetatkan polisi kewangan. Kedudukan kewangan kerajaan juga menjadi alasan kenapa pelabur kekal fokus terhadap pasaran emas.

"Penerimaan kenaikan harga oleh para pengguna akan membantu meningkatkan permintaan terhadap barang kemas selain menyediakan platform kukuh untuk pelabur menaikkan harga emas menjadi lebih tinggi," kata Klapwijk.