Perunding Pelaburan Dan Simpanan Emas

Wednesday 3 October 2012

Elakkan Menjadi Mangsa Penipuan (Emas Perak)

Siasat Terlebih Dahulu jika syarikat berikut membuat aktiviti di bawah:

1. Pemberian Dividen Setiap Bulan. Tanpa Buat Kerja
2. Pemberian dalam Bentuk Hibah setiap bulan
3. Perkongsian Keuntungan mengikut % setiap Bulan
4. Bayaran Secara Ansuran mengikut kontrak dimana habis bayar ansuran baru dpt barang. (Deposti Taking)
5. Syarikat yang menawarkan pajak gadai tanpa lesen
6. Syarikat yang menawarkan kadar pertukaran matawang asing.tanpa lesen.
7. Syarikat yang menawarkan pinjaman tanpa lesen
8. Syarikat yang menawarkan khidmat sewa emas perak dan di bayar setiap bulan.
9. Koperasi yang tidak mendaftar

TIPS : SELAMAT DARI DI TIPU.
1. Beli Emas Perak dapat fizikal BUKAN kertas / online akaun
2. Emas Perak Pegang Sendiri JANGAN Kasi orang lain yang pegang.
3. Pastikan product tersebut mempunyai certificate / assayer yang di sahkan ketulenan emas perak tersebut bagi mengelakkan penipuan ketulenan.
4. Beli emas perak dengan orang yang dikenali dan dipercayai.

Tuesday 28 August 2012

Rahsia Kejayaan Orang Jepun

Siapa tidak pernah dengar akan negara Jepun? Tokyo adalah bandar nombor 1 di Asia dan ke 4 di dunia. Jepun bertanggungjawab terhadap penciptaan mi segera sehingga mengubah cara seluruh penduduk dunia makan. Negara ini mewujudkan produk baru yang sukar dibayangkan minda. Mereka mendominasi dalam banyak industri Amerika daripada kereta sehingga permainan video. Mereka juga pemimpin dunia dalam industri robotik.
Penduduk dunia semua gerun mendengar kisah pengeboman nuklear paling zalim yang dilakukan Amerika Syarikat terhadap Hiroshima dan Nagasaki. Hampir tidak masuk akal sekiranya difikirkan bahawa negara yang telah mengalami bencana paling terburuk dalam sejarah penciptaan dunia mampu menjadi negara paling berjaya di Asia dan disegani oleh pihak Barat yang lebih awal mencapai kemakmuran dan kemajuan. Tiada siapa yang pernah melihat gambar-gambar pengeboman yang mengerikan itu pada setengah abad lalu telah memberikan negara ini mana-mana peluang untuk ‘hidup’ apatah lagi menjadi sehebat Jepun yang kita kenali pada hari ini. 
Apa sebenar rahsia penduduk Negara Matahari Terbit ini?
Antara semua bangsa dalam dunia, dapat dikatakan dengan penuh yakin bahawa penduduk Jepun adalah teramat rajin. Seorang pekerja Jepun boleh melakukan pekerjaan yang biasanya dikerjakan oleh 5-6 orang. Contohnya, seorang pekerja di Jepun dapat menghasilkan sebuah kereta dalam masa 9 hari, sedangkan pekerja di negara lain memerlukan 47 hari untuk membuat kereta yang bernilai sama! Di kampus, professor juga biasa pulang malam (secara tepat pagi), membuat mahasiswa tidak mahu pulang cepat. Direkodkan, secara purata jam bekerja pegawai di Jepun adalah 2450 jam/tahun, sangat tinggi dibandingkan dengan Amerika (1957 jam/tahun), Britain (1911 jam/tahun), Jerman (1870 jam/tahun), dan Perancis (1680 jam/tahun). Penduduk Jepun juga boleh dikatakan terlalu kuat bekerja sehingga wujud satu fenomena yang dipanggil Karoshi yang bermaksud “mati kerana kerja keras”! 
Penduduk Jepun tidak pernah berputus asa dek peristiwa hitam pada malam yang mengerikan dalam abad ke-20 tersebut. Sebaliknya, mereka bekerja bersama-sama untuk membentuk sebuah negara yang kuat. Ekonomi Jepun kukuh bukan kerana kehebatan ciptaan-ciptaan mesinnya, tetapi kerana kekuatan semangat dan prinsip-prinsip betul yang diamalkan rakyatnya.
 Tun Mahathir yang sejak beberapa dekad lalu kagum akan sikap penduduk Jepun yang pemalu. Orang Jepun sangat pemalu sehingga tingkap-tingkap rumah mereka sentiasa ditutup agar tidak boleh melihat. Orang ramai juga dibenarkan untuk mengeluarkan nama-nama mereka daripada buku telefon jika mereka mahu. Sesiapa yang banyak bertanya akan dianggap biadab. Satu lagi yang sinonim dengan perasaan malu mereka ialah yang fenomena yang diasaskan puak Samurai yakni Harakiri yang bermaksud “bunuh diri dengan menusukkan pisau ke perut”, biasanya kerana perasaan malu. Contohnya, menteri yang mengundurkan diri kerana terlibat dalam masalah rasuah atau merasa gagal menjalankan tugasnya. Perasaan malu menyebabkan sistem hidup orang Jepun menjadi teratur. Mereka secara automatik membentuk barisan dalam setiap keadaan yang diperlukan seperti pembelian tiket masuk ke stadium untuk menonton bola sepak, menaiki bas, sampai nak menggunakan tandas awam, pun! Mereka malu terhadap orang sekeliling apabila mereka melanggar peraturan ataupun norma yang sudah menjadi amalan umum. Hebat, bukan?
Kesan daripada revolusi perindustrian dan sistem kapitalisme yang meluas, budaya berbelanja menjadi kegemaran penduduk di seluruh dunia, terutamanya bagi kaum Hawa tetapi tidak di Jepun. Penduduk Jepun sememangnya mengamalkan sikap anti konsumerisme dalam pelbagai bidang kehidupan. Contohnya, suri rumah di Jepun sanggup menaiki basikal ke kedai sayur yang agak jauh dari rumah, hanya kerana lebih murah 20 atau 30 yen. Banyak keluarga di Jepun yang tidak memiliki kereta, bukan kerana tidak mampu, tapi kerana lebih berjimat menggunakan bas.
Professor mereka bersaing dengan para mahasiswa dengan menaiki basikal ke kampus. Penduduknya pula suka berbelanja di hypermarket sekitar jam 7 setengah malam kerana pada mas itu, pihak hypermarket akan memotong harga sampai separuh pada waktu sekitar setengah jam sebelum tutup yakni pada pukul 8 malam. Satu idea yang baik, tak gitu?
Seterusnya, bangsa Jepun agak ke hadapan daripada bangsa-bangsa lain di Asia dari segi inovasi. Mereka tidak berapa kreatif untuk mencipta sesuatu, tetapi mereka ternyata bijak mengubah penemuan orang lain dan kemudian memasarkan nya dalam bentuk yang diminati oleh masyarakat. Agak janggal sekiranya menyentuh tentang inovasi tanpa menyebut seorang tokoh Jepun yang disegani ramai. Akio Morita, CEO Sony telah mengembangkan Sony Walkman sehingga jumlah jualan sehingga tahun 1995 mencecah angka 150 juta! Kisahnya, Cassete Tape tersebut bukanlah ciptaan beliau, tetapi ia adalah milik Phillip Electronics. Kehebatan Akio terletak pada bakat inovasi nya yang mampu mengubah model tersebut kepada sesuatu yang dipanggil Walkman, produk yang meletup selama puluhan tahun. Siapa yang tak pernah memiliki Walkman,kan?
Umum kita dengar yang sesebuah syarikat boleh dianggap hebat sekiranya mereka mampu membuatkan seorang graduan muda bekerja melebihi 2 tahun kerana generasi Y ini sangat suka menukar kerja. Pantang ada faedah atau gaji lebih, mereka mesti sapu licin! Tetapi berlainan keadaannya di Jepun. Penduduk Jepun, tidak kira generasi apa pun sangat jarang bertukar-tukar kerja. Mereka biasanya bertahan di satu atau dua syarikat sampai lah pencen. Contoh yang lain dalam membuktikan betapa setianya orang Jepun dalam sesuatu perkara dapat dilihat dengan pembangunan bandar Hofu yang merupakan bandar industri yang jauh ketinggalan dengan penduduk yang terlalu padat, suatu ketika dahulu. Disebabkan kesetiaan penduduknya yang tidak berbelah bahagi, mereka bekerja keras siang dan malam sehingga berjaya mengubah Hofu menjadi bandar yang maju dan moden. Bahkan pada masa sekarang menjadi bandar industri terbaik dengan pengeluaran kenderaan mencapai 160,000 setahun! Sikap ini sememangnya sukar untuk dicari di negara-negara maju seperti Amerika mahupun Eropah. 

Yang paling sinonim dengan masyarakat Jepun ialah sikap pantang menyerah. Sejarah membuktikan bahawa bangsa Jepun mempunyai daya ketahanan yang amat tinggi. Contohnya, ketika kerajaan Tokugawa memerintah Negara Matahari Terbit ini, mereka sangat ketinggalan dari aspek teknologi dek kerana dasar kerajaan yang menutup semua akses ke luar negeri. Tetapi, Ketika pemulihan Meiji berlaku, bangsa Jepun cepat beradaptasi dan menjadi fast learner. Contoh seterusnya, Matsushita Konosuke yang perniagaannya hampir musnah dan hampir tersingkir daripada perniagaan peralatan elektronik sekitar tahun 1945 masih mampu merangkak, bermula dari kosong untuk membangunkan industri sehingga menjadi empayar Matsushita yang dikenali ramai pada hari ini. Lagi contoh, Jepun tidak seperti Malaysia yang kaya dengan sumber alam. Jepun sangat miskin dalam aspek ini tetapi mereka tidak pernah menyerah kalah. Mereka mengimport minyak, bijih besi dan kayu, bahkan 85% sumber tenaga Jepun berasal dari negara lain.
Kemudian, sifat berdikari memang tidak boleh dipisahkan dengan masyarakat Jepun. Budaya murni yang dilatih sejak kecil ini secara tidak langsung akan melatih setiap penduduknya untuk sentiasa bersedia menghadapi segala kemungkinan dan bangun semua dengan cepat setelah berlaku kecelakaan. Seperti yang diketahui umum, negara Jepun terdedah kepada pelbagai jenis bencana alam seperti letusan gunung berapi, gempa bumi, tsunami dan macam-macam lagi. Dengan mempersiapkan anak-anak kecil ini agar dapat berdikari, mereka tidak perlukan latihan ketenteraan lagi selepas tamat sekolah menengah tinggi. Cara mereka dilatih amat mudah. Anak-anak kecil di Jepun dilatih untuk membawa perlengkapan sendiri, dan bertanggungjawab terhadap barang miliknya sendiri. Semasa di kolej, sebahagian besar daripada mereka tidak meminta belanja daripada ibu bapa. Mereka membuat kerja sambilan untuk menampung belanja sekolah dan belanja harian. Sekiranya mereka kehabisan wang, mereka “meminjam” wang daripada ibu bapa yang akan dipulangkan kemudian. 
Dan sikap yang satu ini, memang merupakan masalah kronik di Malaysia. MEMBACA. Penduduk Jepun sangat rajin membaca. Dalam densha (kereta elektrik), bullet train, di perhentian bas, di mana-mana sahaja, anak-anak kecil dan golongan dewasa asyik membaca buku atau surat khabar. Jika ada demand, mesti ada supply, bukan? Para penerbit di sana membuat komik manga untuk mengisi di kurikulum sekolah dan ia dibenarkan oleh pihak sekolah. Komik manga yang menjadi kegilaan anak-anak muda Jepun diselitkan dengan pelajaran Sejarah, Biologi, Bahasa, dan macam-macam lagi demi meningkatkan minat membaca dalam masyarakat. Budaya membaca orang Jepun juga didukung oleh kepantasan proses penterjemahan buku-buku asing (Bahasa Inggeris, Perancis, Jerman, dsb). 
Lagi, pepatah Melayu ada menyebut, “bersatu teguh, bercerai roboh”. Inilah yang diamalkan penduduk Jepun dalam melaksanakan sebarang pekerjaan. Mereka lebih gemar melakukan sesuatu secara berkumpulan, pendek kata, kurang sifat individualistik dalam masyarakat mereka. Dunia belajar mahupun pekerjaan, prinsip kerja secara berkumpulan ini juga membawa kesepaduan dalam negara mereka. Mesyuarat atau muafakat atau sering disebut dengan “rin-gi” adalah ritual dalam kumpulan. Ada pepatah yang mengatakan bahawa “Seorang professor Jepun akan kalah dengan seorang professor Amerika, tetapi 10 orang professor Amerika tidak akan dapat mengalahkan 10 orang professor Jepun yang berkumpulan”. 
Akhir sekali, walaupun Jepun sudah jauh ke hadapan meninggalkan negara-negara yang seangkatan dengannya, bangsa Jepun masih mengekalkan tradisi dan budaya nenek moyangnya. Budaya perempuan yang sudah menikah untuk tidak bekerja masih wujud. Budaya minta maaf masih lagi diamalkan. Bangsa Jepun amat sukar untuk berkata “tidak” terhadap sebarang permintaan.
Itulah rahsia kejayaan orang Jepun. Luar biasa!

sumber : www.usahawan.com

Cara-cara Mencuci Barang Kemas Lama

Saya pasti ramai yang sudah mengetahui teknik2 mencuci barang kemas lama @ yang berdaki sendiri di rumah tanpa menghantarkannya ke kedai emas..Tujuan utamanya adalah untuk mengembalikan sinaran emas tersebut agar kelihatan baru dipakai @ dibeli terutama sekali bila mengahadiri majlis kenduri-kendara..hahaha.Di sini saya ingin berkongsi dua teknik yang boleh kita gunakan dalam kaedah pencucian barang kemas ini.
  1. Menggunakan larutan/serbuk pencuci biasa.
  • Campurkan larutan/serbuk pencuci tadi bersama air suam. Campuran ini mestilah sekata @ homogen dengan mengacaunya.
  • Rendamkan barang kemas yang hendak dicuci tadi selama lebih kurang 15 minit.
  • Selepas rendam, beruskan @ gosokkan barang kemas tadi dengan menggunakan berus gigi yang halus, berus gigi budak supaya ia tidak tercalar.
  • Selepas selesai digosok, bilas barang kemas tadi dengan menggunakan air suam.
  • Lapkan barang kemas tadi dengan kain kapas lembut sehingga kering.
  • Hasilnya, Insyaallah barang kemas anda kembali bersinar seperti baru dibeli.
2. Menggunakan Ammonia.
  • Sediakan larutan ammonia (1:6) dengan mencampurkan 1 bahagian ammonia bersama 6 bahagian air.
  • Rendamkan barang kemas yang hendak dicuci selama 1 minit.
  • Gosokkan dengan menggunakan berus gigi lembut.
  • Bilas barang kemas tadi dengan mengalirkan air kepadanya supaya semua larutan ammonia tadi tidak sedikit pun terlekat padanya.
  • Lapkan dengan kain kapas lembut sehingga kering.
  • Hasilnya, sungguh berbaloi. TAPI INGAT!!! jangan selalu melakukan teknik ini, kerana ia boleh merosakkan permukaan barang kemas tersebut @ ia akan menjadi pudar selamanya.
Sekian, SELAMAT MENCUBA..

Pasif Income vs Aktif Income

Pelabur Pasif vs Pelabur Aktif
Untuk menggandakan keuntungan dalam pelaburan dan juga perniagaan emas atau apa sahaja, pasif dan aktif haruslah anda fahami dengan sebenar-benarnya dalam kehidupan harian anda dan jika telah memahaminya anda akan telah hampir ke arah jutawan atau financial freedom. 
Pendapatan Pasif:
Anda kerja sekali tetapi dapat dibayar tanpa henti!
Apakah income pasif? Income pasif adalah pendapatan setiap bulan yang diperolehi tanpa membuat apa2 kerja. Contohnya, income dari google adsense, iklan2 diblog anda yang dibayar tetap setiap bulan, ebook2 terjual secara konsisten setiap bulan, income dari jualan affiliate dan berbagai2 lagi.
Pendapatan Aktif:
Anda dibayar berdasarkan masa anda bekerja
Apakah income aktif? Income aktif adalah pendapatan yang kita telah buat atau cari pada setiap bulan. Contohnya, dapat job review produk diblog, buat sponsor blogpost, buat jualan produk fizikal di blog anda kemudian mendapat duit, buat service penulisan artikel, buat service terjemahan artikel dan lain2 lagi.
Jika anda dilihat konsep pendapatan pasif ini daripada kehidupan orang disekeliling anda, banyak kumpulan yang tidak sekaya mana seperti yang anda lihat. Doktor pakar dan doktor gigi tidak mempunyai pendapatan pasif daripada hasil titik peluh mereka. Potensi pendapatan mereka ada hadnya. Mereka hanya boleh berjumpa sejumlah tertentu pesakit sahaja. Dan mereka juga mestilah berjumpa dengan setiap pesakit tersebut. Ianya aktif.
Begitu juga dengan pegawai kerajaan, peguam atau jurujual. Kebanyakkan daripada mereka tidak mempunyai pendapatan pasif. Mereka memang nampak kaya, tetapi sebenarnya mereka tetap bergantung kepada gaji seperti kebanyakkan daripada kita.
Berapa peratuskah hasil pendapatan anda adalah pasif? Jika anda bijak, anda sudah mula untuk bertukar daripada aktif kepada pasif. Ini akan memberikan lebih banyak masa untuk anda melakukan apa yang anda suka ketika waktu yang anda mahukan. Kata kuncinya ialah anda perlu mencuba satu punca pendapatan pasif !!!

Berikut adalah beberapa contoh jenis punca pendapatan pasif yang boleh anda buat kajian :
* Pelabur yang mendapat dividen bulanan atau tahunan
* Pencipta lagu yang menerima royalti daripada lagu mereka
* Penulis yang menerima royalti daripada buku tulisan mereka
* Agen insuran yang mendapat pendapatan sampingan
* Pengusaha gayapos/internet yang mendapat keuntungan berterusan
* Ahli jualan langsung yang menerima komisen bulanan
* Pelakon yang mendapat bayaran royalti
* Usahawan yang mendapat keuntungan bisnes
* Pencipta software yang menerima royalti
* Pencipta permainan video mendapat royalti
* Penjual senarai nama yang mendapat yuran sewaan
* Pemilik hartanah yang menyewakan rumah atau tanah
Jadi berusahalah mencari pendapatan pasif bagi menjamin kesejahteraan hidup kita. KELUARLAH DARI CONFORT ZONE ANDA dan jika takut risiko jangan bicara soal perjuangan!
sumber: www.usahawan.com

Aset & Liabiliti

Apa beza antara aset dan liabiliti? Kebanyakan kita sering tersilap dalam menetukan aset dan liabiliti bagi setiap apa yang kita miliki. Jika anda katakan rumah itu satu aset, sila fahami kenyataan mudah seperti di bawah:
Aset = mengalirkan wang ke poket kita
Liabiliti = wang akan keluar dari poket kita
Makna perkataan di atas amat mudah bagi seseorang yang tiada pengetahuan tentang dunia perakaunan seperti saya. Sekarang, dapatkah anda klasifikasikan setiap apa yang anda miliki?
1.      Kereta: Kereta lama anda digunakan untuk membawa barang-barang pertanian anda ke Pasar Tani untuk dipasarkan. Kereta baru anda pula digunakan untuk berjalan-jalan sahaja. Mana satukah aset anda?
2.      Rumah: Anda beli rumah besar, dilengkapi pelbagai perabot yang menggunakan skim bayaran mudah. Anda perlu membayar harga pinjaman bank yang dikenakan selama 30 tahun. Liabiliti atau aset?
3.      Laptop: Anda menggunakannya untuk surf internet dan bersosial bersama-sama dengan rakan-rakan maya anda. Adakah ini aset anda?
4.      Emas: Boleh dibuat sebagai pelaburan dan juga perniagaan. Jika digabungkan keduanya 100-200% keuntungan yang diperolehi dan ini semestinyalah sebagai aset. 

Apa yang dikatakan ASET adalah apabila anda melakukan sesuatu tindakan itu akan menyebabkan :

(1) Wang tunai anda bertambah
MENYIMPAN WANG TUNAI ANDA DI BANK / KOPERASI yang dapat MEMBERI PULANGAN FAEDAH MELEBIHI KADAR INFLASI SEMASA
(2) Harta yang anda beli menjadi semakin meningkat nilai dalam tempoh tertentu
CARANYA adalah dengan MEMBELI DAN MENYIMPAN EMAS

(3) Perniagaan yang anda usahakan memberi aliran tunai positif
CARANYA adalah dengan MENGENALI dan MEMAHAMI apa yang dimaksudkan UNTUNG, RUGI dan TIDAK BERUBAH

(4) Pelaburan yang anda buat memberi pulangan keuntungan yang positif
CARANYA adalah dengan MEMBELI HARTANAH yang memberikan anda PULANGAN SEWA YANG POSITIF

(5) Hutang yang anda buat menambahkan harta atau simpanan wang tunai
CARANYA adalah MENGGUNAKAN TEKNIK PENGUMPILAN 

Apa yang dikatakan LIABILITI pula adalah apabila anda melakukan sesuatu tindakan itu akan menyebabkan :

(1) Wang tunai anda berkurangan
Berbelanja boros @ berbelanja tanpa beringat

(2) Harta yang anda beli itu menjadi semakin menurun nilai dalam tempoh tertentu
Membeli RUMAH @ KERETA yang tidak sesuai dengan perolehan pendapatan anda

(3) Perniagaan yang anda usahakan memberi aliran tunai negatif
TIDAK MENGENALI dan MEMAHAMI apa yang dimaksudkan UNTUNG, RUGI DAN TIDAK BERUBAH

(4) Pelaburan yang anda buat memberi aliran tunai negatif
MEMBELI HARTANAH yang memberikan anda PULANGAN SEWA YANG NEGATIF

(5) Hutang yang anda buat mengurangkan harta atau simpanan wang tunai
Dengan 'mengikat diri' pada SKIM BAYARAN MUDAH, KAD KREDIT dan PINJAMAN PERIBADI

Bagaimana? Sudahkah anda menjawab soalan di atas dan memahaminya? Ya, soalan di atas memang mudah untuk dijawab. Namun sebenarnya kita sendiri sangat sukar untuk menentukannya dalam realiti kehidupan kita sendiri. Mengapa begitu agaknya?
Jika mudah bagi anda menentukan mana satukah aset atau liabiliti anda, saya pasti anda dapat menjana pendapatan hasil daripada aset yang ada. Ingat, liabiliti sepatutnya dikurangkan untuk mengurangkan jumlah expenses anda setiap bulan.
Kesimpulannya, jika anda ingin mencapai "TAHAP MENGHAMPIRI JUTAWAN", anda mesti MEMBELI ASET YANG BETUL dan MENGELAKKAN DIRI daripada terperangkap dengan MEMBELI LIABILITI. Ingat !!! Ini adalah SYARAT UTAMA jika anda serius nak mencapai kebebasan kewangan yang sebenar.

"ORANG MISKIN ( 99% ) membazirkan umur dengan MEMBELI LIABILITI. Manakala ORANG KAYA ( 1% ) pula memanfaatkan nikmat umur yang diberi untuk MEMBELI ASET yang betul. Inilah SEBAB UTAMA yang menjadi punca mengapa orang kaya menjadi semakin kaya dan orang miskin menjadi semakin miskin "

Selamat mengaplikasikan pengetahuan ini!
Sumber : www.usahawan.com

Friday 10 August 2012

Rahsia Bisnes Orang Cina

Masyarakat Cina sememangnya begitu terkenal dengan kehebatan mereka dalam bidang perniagaan dan keusahawanan. Bukan hanya masyarakat Cina di negara kita, malah boleh dikatakan hampir di seluruh dunia kita dapat melihat masyarakat Cina memonopoli bidang perniagaan. Produk-produk yang terdapat di pasaran hari ini juga kebanyakkannya datang dari negara Tembok Besar itu termasuklah barang-barang keperluan rumah, tekstil dan pakaian, serta peralatan-peralatan IT terkini. Mereka juga mampu untuk menjadikan sesuatu perniagaan yang bermula hanya dengan kecil-kecilan menjadi lebih maju dan luas. Pendek kata, keistimewaan kaum Cina ini adalah daripada aspek strategi mereka menjalankan perniagaan tersebut. Hal ini turut menjadikan kaum Cina dipandang begitu tinggi kerana mereka mempunyai kemahiran yang tersendiri dalam menjalankan sesuatu perniagaan yang mereka ceburi. 
Apabila dikaji secara mendalam, apa yang dapat dirumuskan adalah kemahiran dalam perniagaan atau bisnes bukanlah suatu keistimewaan yang hanya boleh didapati bagi sesuatu kaum. Tetapi kemahiran tersebut sememangnya boleh dipelajari.
Pegangan Masyarakat Cina dalam Perniagaan
Masyarakat Cina mempunyai pegangan yang tersendiri dalam usaha memajukan perniagaan mereka. Pegangan mereka ini begitu kuat sehingga mereka akan cuba melaksanakan segala apa yang termampu untuk mendapatkan hasil yang lebih baik dalam bisnes yang dijalankan. Berikut merupakan tujuh pegangan masyarakat Cina dalam aspek bisnes atau perniagaan :
  1. Rajin, jika tidak berniaga akan menjadi malas
  2. Jimat, jika tidak akan membazir modal
  3. Senyuman dengan pelanggan, jika tidak pelanggan akan lari
  4. Kejar masa, jika tidak peluang akan diambil orang
  5. Harga berpatutan, sekiranya tidak mungkin akan menimbulkan pergaduhan
  6. Membenarkan hutang hanya dengan orang yang dikenali, jika tidak modal akan hilang
  7. Semak akaun setiap hari untuk pastikan modal bagi hari esokKetujuh-tujuh ini juga merupakan peribahasa masyarakat Cina tentang perniagaan dan bisnes. Sekiranya kita meneliti ketujuh-tujuh aspek ini, dapat disimpulkan bahawa sikap menjadi kunci utama kejayaan mereka dalam perniagaan. Sikap yang baik, tekun dan gigih merupakan asas kepada rahsia kejayaan mereka selama ini.
Perniagaan Adalah Satu Seni
Apa yang lebih menarik lagi, masyarakat Cina turut menganggap bisnes merupakan satu seni. Memetik satu falsafah masyarakat Cina yang berbunyi, ‘dunia perniagaan penuh dengan sepak terajangnya. Oleh itu peniaga perlu mempersiapkan dirinya dengan seni kungfu perniagaan bagi menghadapi sebarang bentuk serangan dan kemungkinan mendatang.’ Falsafah ini begitu popular dalam kalangan mereka. Mereka turut menyamakan perniagaan atau bisnes dengan seni kungfu yang digunakan untuk mempertahankan diri. Mengapa? Dunia bisnes memerlukan kita untuk bersedia bagi menghadapi segala rintangan dan masalah yang tidak dijangka. Begitu juga dengan seni kungfu. Mempelajari seni kungfu adalah bertujuan untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi sebarang bentuk ancaman yang mendatang. Maka, daripada sinilah timbulnya istilah seni bisnes atau seni perniagaan bagi masyarakat Cina. Terdapat beberapa tip penting yang membahaskan tentang seni perniagaan masyarakat Cina, anataranya ialah :
  • Seni berniaga adalah cukup halus dan tidak memadai mempelajarimya secara teori sahaja. Berniaga perlu praktikal dan menuntut seseorang supaya selalu bersikap fleksibel.
  • Peniaga perlu bersikap ringan tulang, ramah serta menjadikan pelanggan sebagai saudara rapat atau sebagai seorang sahabat.
  • Seseorang peniaga perlu mempunyai daya ketahanan yang tinggi, mental yang kuat dan jiwa yang teguh dengan pendirian.
Untuk menjadi seseorang yang berjaya dalam perniagaan dan bisnes, mereka selalunya tidak kedekut untuk mengeluarkan perbelanjaan asalkan dapat menarik dan meyakinkan hati pelanggan. Bagi mereka, pelanggan yang akan membantu mereka untuk mengembangkan lagi perniagaan yang sedang diusahakan. Antara petua yang mereka selalu amalkan dalam perniagaan adalah ‘menjadi peniaga yang mudah dipercayai, mudah berurusan dan tidak cerewet.’ Disebabkan petua ini juga, mereka begitu gigih dan bersungguh-sungguh untuk menarik hati pelanggan dan menjaga pelanggan yang sedia ada dengan sebaik-baiknya. Bagi mereka juga, dalam perniagaan perlu ada nilai-nilai kemanusiaan, elemen kebajikan dan tanggungjawab sosial kepada masyarakat dan peniaga adalah diibaratkan seperti hamba yang berkhidmat kepada tuannya.
Selain itu, masyarakat Cina turut menekankan beberapa ciri-ciri seorang peniaga yang perlu ada dalam diri mereka. Bisnes atau perniagaan tidak akan menjadi satu seni sekiranya ciri-ciri ini tidak ada dalam diri mereka. Antara ciri-ciri tersebut adalah :
  • Sabar
  • Tidak mudah putus asa
  • Pandai merebut peluang
  • Mempunyai perhubungan awam yang baik
  • Berpandangan jauh
  • Berpegang pada janji
  • Berupaya meyakinkan pelanggan semasa menguruskan perniagaan
  • Memiliki daya tahan dan semangat juang yang tinggi
  • Tidak suka menunggu kerana peluang tidak pernah menunggu mereka
Ciri-ciri ini perlu ada dalam diri setiap peniaga yang ingin memastikan perniagaan mereka dapat berkembang maju. Apa yang disenaraikan ini juga adalah merupakan satu jalan yang boleh diguna pakai dalam strategi seseorang peniaga untuk menarik lebih banyak kepercayaan dan keyakinan para pelanggan terhadap bisnes yang dijalankan. Apabila pelanggan semakin ramai, maka sudah tentu untung yang lebih besar juga turut menanti.

Konsep Berniaga yang Diamalkan oleh Kaum Cina
Kaum Cina mensasarkan matlamat dan tujuan tertentu dalam perniagaan mereka. Bagi memastikan matlamat mereka tercapai, mereka akan saling bantu-mambantu antara satu sama lain khususnya sesama masyarakat Cina. Konsep perniagaan orang Cina adalah berasaskan prinsip simbiosis iaitu mereka sebagai peniaga saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Contoh, sekiranya ada peniaga Cina yang menjual barangan runcit, maka peniaga Cina yang lain akan menjual barangan basah seperti ikan, daging dan ayam serta barangan keperluan yang lain. Mereka turut bijak mengambil peluang dengan membuka restoran di kawasan tersebut dan akan mendapatkan barang-barang keperluan untuk memasak daripada kedai-kedai yang telah sedia ada di sekitar kawasan tersebut. Secara tidak langsung, peluang yang mereka ambil ini akan menjadikan perniagaan di kawasan tersebut berkembang kerana adanya sokongan yang kuat dalam kalangan peniaga di kawasan tersebut. Apabila hal ini terjadi, perniagaan masing-masing akan lebih mudah berkembang dan tidak mudah untuk gulung tikar.
Terdapat satu fakta menarik tentang konsep perniagaan orang Cina yang perlu kita ketahui. Suku Hailam merupakan suku terakhir yang masuk ke Tanah Melayu satu ketika dahulu. Apabila mereka sampai, mereka melihat banyak bidang perniagaan yang sudah diterokai oleh suku-suku Cina yang datang lebih awal. Maka mereka menceburkan diri dengan mengambil peluang membuka kedai kopi yang mana ketika itu belum diterokai secara meluas oleh suku-suku Cina yang lain. Mereka turut mempelbagaikan menu mereka dengan memperkenalkan roti bakar dan nasi ayam Hainan. Akhirnya, perniagaan ini kekal sehingga ke hari ini dan semakin meluas dari hari ke hari. 
Dalam satu kajian terhadap sebuah buku yang bertajuk Rahsia Bisnes Orang Cina hasil karya Ann Wan Seng ada menyatakan bahawa masyarakat Cina tidak memandang rendah kepada mana-mana orang yang gagal dalam perniagaan dan mereka memandang tinggi kepada sesiapa yang hendak berusaha dan selalu memberi galakan serta peluang kepada sesiapa yang mahu melibatkan diri dalam perniagaan. Ini membuktikan, bahawa mereka langsung tidak mengenal erti putus asa dan erti kegagalan dalam bisnes yang dijalankan sebaliknya hanya memandang kehadapan tanpa menoleh lagi kebelakang. Maka tidak hairanlah pada hari ini kita dapat melihat lapangan perniagaan di negara kita majoriti besar dikuasai oleh masyarakat Cina.
Tokoh Usahawan Cina di Malaysia
1.0 Robert Kuok
Di negara kita, terdapat ramai tokoh-tokoh bisnes yang majoritinya terdiri daripada masyarakat Cina. Jumlah mereka mungkin boleh mencecah sehingga ratusan atau ribuan orang. Antara tokoh bisnes daripada kaum Cina yang terkenal di Malaysia ialah Robert Kuok merupakan seorang tokoh peniaga daripada masyarakat Cina yang lahir di Johor Bahru pada 6 Oktober 1923 dan memiliki anak seramai 8 orang. Beliau juga merupakan antara jutawan yang memiliki aset berbilion ringgit hasil daripada usaha gigihnya membangunkan perusahaan gula di Malaysia. Beliau juga turut diberi gelaran ‘Raja Gula Asia’. Beliau sangat bijak mengambil peluang kerana mampu menjana keuntungan yang besar hanya dengan menghasilkan pengeluaran gula untuk negara.
Selain itu, beliau turut menjawat jawatan sebagai Pengerusi Shangri-La Hotel dan Resort Chain. Apa yang dapat disimpulkan, beliau tidak mengecapi kejayaan seperti yang beliau miliki pada hari ini dengan mudah. Banyak pengorbanan dan modal yang perlu dikeluarkan untuk beliau membangunkan perusahaan gula sehingga boleh bertahan sampai ke hari ini. Nama beliau juga turut tersenarai antara individu terkaya di rantau Asia.
2.0 Mendiang Lim Goh Tong
Mendiang Lim Goh Tong yang merupakan seorang usahawan Tionghua terkaya di Malaysia dan Asia pada tahun 2005 sehingga beliau meniggal dunia. Beliau memiliki aset berjumlah sehingga 421.60 bilion ringgit Malaysia. Beliau juga merupakan Pengasas dan Prseiden seumur hidup kumpulan Genting. Selain memiliki hotel, beliau turut mempunyai kasino yang dikunjungi 14 juta orang dalam setahun serta memiliki aset-aset mewah yang lain. Dalam satu catatan sejarah menyatakan bahawa beliau datang ke Malaysia dari Fujian China ketika berumur 19 tahun dan hanya membawa wang berjumlah RM175 sebelum berkerja dan membina syarikat sendiri iaitu Kien Huat.
Usaha gigih beliau dan idea yang kreatif telah membuatkan beliau berhasrat untuk mendirikan Genting sebagai sebuah tempat perlancongan di Malaysia. Hasilnya, Genting Highlands masih menjadi tumpuan pelancong dari serata dunia walaupun kini beliau telah pergi selama-lamanya.
Kedua-dua tokoh ini merupakan antara contoh usahawan masyarakat Cina yang berjaya membina empayar perniagaan yang begitu berpengaruh selain membuktikan pada semua bahawa setiap kejayaan yang ingin dikecapi perlu melalui usaha yang gigih tanpa mengenal erti putus asa. Sememangnya peniaga-peniaga atau usahawan-usahawan Cina mempunyai taktik dan startegi tersendiri. Namun semua itu dilihat sebagai satu seni dalam perniagaan. Etika masyarakat Cina juga turut membenarkan penggunaan startegi masing-masing asalkan tidak mendatangkan kemudaratan kepada peniaga dan pelanggan. 
Sebaik-baiknya biarlah strategi tersebut mendatangkan keuntungan kepada kedua-dua belah pihak. Pendek kata, peniaga-peniaga Cina mempunyai daya kreativiti yang tinggi selain bijak mencuri peluang yang ada dihadapan mata. Peluang akan digunakan dengan sebaik-baiknya bagi memastikan keuntungan yang besar boleh dicapai dan kejayaan hanya akan diperoleh sekiranya mereka mempunyai sikap yang rajin, tekun dan tidak mudah mengalah sekiranya menghadapi kegagalan. Maka, wajar bagi msyarakat lain di negara ini untuk mencontohi sikap kaum Cina dalam usaha mereka menjalankan perniagaan.
sumber: http://www.usahawan.com 

Rahsia Kejayaan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary

Banyak yang diperkatakan mengenai seorang tycoon bumiputera terkenal di Malaysia iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari. Menjadi Bumiputera yang paling kaya dalam Malaysia dengan aset sebanyak 167 bilion, namanya amat masyhur baik di dalam mahupun di luar negara. Dengan banyak kepentingan dalam pelbagai bidang perniagaan termasuk pengangkutan dan logistik, perladangan, pembangunan hartanah, pertahanan dan gudang senjata serta generasi kejuruteraan dan kuasa, beliau adalah seorang tokoh simbolik yang memegang falsafah bahawa ‘pendidikan tidak menjamin kejayaan dalam hidup, tetapi kerja keras’.

Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari dilahirkan ke dalam keluarga kelas pertengahan rendah di utara Semenanjung Malaysia. Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah.

Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga. Beliau hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila beliau berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya, Syed Omar di Johor Baru. Beliau berada di situ dari darjah empat hinggalah ke tingkatan dua.

Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal’s. Pendidikan yang tertinggi adalah hanya sehingga tingkatan lima, dan dia tidak pernah pergi ke universiti. Tetapi itu tidak bermakna dia tidak mempunyai pengetahuan. Banyak pengetahuan dan pengalaman beliau telah diperoleh melalui pengalaman keusahawanan sendiri semasa mudanya.

Disebabkan oleh latar belakang keluarga yang miskin, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari terpaksa melangkah ke dunia bekerja dalam kehidupan awal beliau, pada masa yang sama mengikuti pengajian rendah dan menengah. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari membantu ibunya menanam dan menjual sayur-sayuran di pasaran dan juga menjual roti canai. Pengetahuan angka beliau digunakan untuk membantu bapanya dalam melakukan buku simpanan harian.

Selepas tamat sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari membantu bapanya dalam perniagaan lembu penternakan tetapi hanya untuk melihat perniagaan itu muflis akibat penyakit kaki dan mulut. Walau bagaimanapun, beliau mengambil alih perniagaan dan mula semula dengan menjual daging. Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual. Beliau kemudiannya membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya dalam perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan.

Daripada perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada perniagaan pengangkutan. Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS. Tan Sri Syed Mokhtar kemudian menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras. Pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas dan berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor.

Selepas berjaya dengan Syarikat Shah, beliau menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras. Dalam syarikat usaha sama itu, Tan Sri Syed Mokhtar memegang 52 peratus kepentingan manakala Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing 32 peratus dan 16 peratus. Daripada beras, beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain, iaitu gula. Ini masih dijalankan sehingga ke hari ini melalui Bukhary Sdn. Bhd. Pendapatan tahunan Bukhary Sdn. Bhd. kini mencecah RM250 juta.

Selepas mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang komoditi ke pengangkutan, beliau kemudiannya melangkah kepada sektor pembuatan. Ini ekoran kejayaannya mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan. Kontrak itu adalah bagi membekalkan pihak tentera dengan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam. Beliau kemudiannya membuat keputusan menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian.

Apabila Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile. Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.

Sekitar tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari menumpukan usaha beliau kepada bidang yang membawa tuah kepadanya sehingga menjadi seorang antara tokoh korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia. Karier perniagaannya mula dikenali pada awal 90-an di Johor semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Besar. Beliau yang amat meminati bidang pengurusan dan pembangunan pelabuhan adalah salah seorang manusia yang bertanggungjawab menjadikan Pelabuhan Tanjung Pelepas Johor menjadi terkenal di mata dunia dalam tempoh yang sebentar.

Kejayaannya dapat dilihat dengan penguasaan sebanyak 90 peratus ke atas Seaport Terminal (Johor) Sdn. Bhd pada tahun 1993. Beliau juga telah berjaya mendapat satu projek mega apabila Seaport diberi penyerahan selama 30 tahun untuk membina Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP). Seaport memiliki 60 peratus daripada projek Pelabuhan Tanjung Pelepas dan menjadikan beliau sebagai pemegang saham yang terbesar. Beliau telah mendapat pujian oleh kerajaan kerana kejayaannya mengendalikan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dimana beliau berjaya menguruskan pelabuhan tersebut menjadi satu pelabuhan yang cergas di bahagian Selatan Semenanjung Malaysia.

PTP berjaya menarik minat syarikat perkapalan Taiwan Evergreen Marine Corporation seperti yang diumumkan akan memindahkan seluruh operasi kontenanya ke Johor daripada Singapura. Ia merupakan satu projek yang akan memacu rencana kerajaan Malaysia untuk membangunkan negara sebagai hak perkapalan yang termaju di rantau ini.

Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari juga merupakan pemilik kepada Syarikat Gulf International Investment Group Capital (GIIG) yang mempunyai kepentingan dalam Projek Hidro Elektrik Bakun. Di samping itu, beliau mempunyai kepentingan dalam beberapa buah firma terkenal Malaysia seperti Malaysia Mining Corporation Berhad (MMC), PERNAS, Padiberas Nasional Berhad, Malakoff Berhad, Johor Port Berhad, Impian Teladan Sdn. Bhd., Indra Cita Sdn. Bhd. dan banyak lagi.

MMC telah bergabung dengan Gamuda Berhad dan berjaya mendapatkan projek landasan keretapi berkembar bernilai RM14.5 billion sebelum ianya dibekukan oleh kerajaan kerana faktor pemulihan ekonomi. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari juga dikatakan telah membeli kepentingan majoriti dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor. Secara persendirian, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari juga memiliki SKS Ventures Sdn. Bhd di mana beliau telah diberi tanggungjawab menjalankan projek membina 2100MW tapak ‘gas-fired‘ di Tanjung Bin, Johor.

Beliau juga mempunyai kepentingan di dalam PERNAS di mana Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari memiliki 32% saham melalui syarikat Restu Jerneh. Beliau juga turut memiliki kepentingan di dalam Fiamma Holdings Berhad di mana terdapat 18.68% saham diperoleh melalui Syarikat Perdana Padu Sdn Bhd dan Corak Kukuh Sdn Bhd miliknya. Tan Sri Syed Mokhtar juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Bina Puri Holdings Berhad di mana beliau merupakan pemegang saham secara individu sebanyak 7.34 %.

Walaupun menjadi hartawan yang disegani, sifat rendah diri yang dimiliki beliau membuatnya tidak pernah lupa dan bersyukur akan nikmat Allah. Malah, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari mengingatkan supaya berhati-hati dengan nikmat yang Allah kurniakan. “Kadang-kadang nikmat yang kita dapat boleh merosakkan kita. Kita kena kawal supaya nikmat tidak merosakkan kita. Yayasan Al Bukhary menjadi tempat untuk menempatkan lebihan yang boleh merosakkan diri kita,” pesan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari. Yayasan (Islam) Al-Bukhary yang diasaskan beliau telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala Lumpur.

Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan. Selain itu juga, Yayasan al-Bukhary hanya membiayai pelajar miskin. Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim miskin dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia. Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM775 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah. Penglibatan Yayasan al-Bukhary dalam projek yang dimulakan oleh bukan Islam juga terserlah. Walaupun Yayasan al-Bukhary lebih menekankan kepada projek kebajikan yang bercirikan Islam, ia tetap menyumbang kepada projek yang dijalankan oleh organisasi bukan Islam. Contohnya, Yayasan al-Bukhary menyumbang sebanyak RM1 juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu.

Bagi menghargai sumbangan dan jasa baktinya, beliau telah dianugerahkan pingat dan darjah kebesaran antaranya Panglima Setia Mahkota (P.S.M) oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang membawa gelaran Tan Sri dan Dato’ Setia mahkota Kedah (D.S.D.K) oleh KDYMM Sultan Kedah yang membawa gelaran Dato’.

Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari merupakan seorang yang tidak pernah mengenal erti kegagalan dan beliau sentiasa belajar dari apa juga kesilapan yang dilakukan. Beliau juga merupakan seorang yang berhati-hati dalam perniagaan terutamanya soal pembelian dan pengambilalihan kepentingan dalam sesebuah syarikat dan projek. Beliau seolah-olah memikirkan kepentingan orang ramai terutamanya bumiputera sebelum membuat apa-apa keputusan penting dalam perniagaan. Beliau memiliki peribadi unggul yang wajar dicontohi semua pihak.

sumber: http://www.usahawan.com

Wednesday 8 August 2012

Sistem Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu)

Akhir-akhir ini, dek kerana kejatuhan wang fiat di sebelah Barat, orang ramai berpusu-pusu menukarkan sebahagian harta mereka ke dalam bentuk emas dan perak kerana kedua logam berharga ini kalis inflasi. Keghairahan fenomena ini turut menyumbang kepada keadaan di mana peti simpanan deposit di bank-bank sekitar Kuala Lumpur dan Selangor penuh!
 
Cerdik pandai terutamanya pelabur muda yang agak agresif daripada datuk nenek kita yang menyimpan emas secara pasif sejak berzaman dahulu, golongan ini menggunakan sistem pajak gadai Islam (Ar-Rahnu) sebagai alat manipulasi demi mendapat keuntungan yang berlipat-lipat kali ganda daripada cara yang dipraktikkan ibu, bapa, datuk dan nenek mereka. Tetapi, persoalannya di sini, halal kah cara itu? Dan yang paling penting, bagaimana?

Sebelum berbicara tentang itu, mari kita kaji asal usul sistem pajak gadai Islam.
Antara senario masa kini yang wujud di dalam pinjaman mikro kredit di negara ini ialah terdapat banyak perkhidmatan yang tidak selaras dengan undang-undang dan bercanggah dengan akhlak Islam sedang memenuhi jurang penawaran perkhidmatan kewangan kepada masyarakat dalam kelompok berpendapatan rendah.
Terdapat dua hadis yang berkaitan dengan sistem ini:
  • Dalam Riwayat Al-Bukhari dan Muslim: “Bahawasanya Nabi saw menggadaikan (Rahn) diran (baju besi) kepada seorang Yahudi yang bernama Abu Syahmi atas pinjamannya sebanyak 30 sha gandum untuk keluarganya.”
  • Dalam Riwayat Al-Bukhari dan Muslim: “Dari Aisyah r.a yang bermaksud Nabi s.a.w pernah membeli makanan dari seorang yahudi dengan harga yang di hutang. Sebagai tanggungan atas hutangnya itu Nabi s.a.w menyerahkan baju besinya”

Di atas kesedaran itu, sistem Pajak Gadai Islam Ar-Rahnu ditubuhkan atas dasar Fardu Kifayah dan bukan atas dasar keuntungan semata-mata oleh pelaksanaannya. Sistem yang dinamakan Skim Pajak Gadai Islam Ar-Rahnu ini sebenarnya dilahirkan sehubungan dengan Akta 81–Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 di bawah Seksyen 46. Ia juga merupakan rentetan daripada perlaksanaan Syariah dalam sistem perbankan pada awal 1983. Ianya telah dilaksanakan buat pertama kalinya oleh Majlis Agama Islam Terengganu pada 23 Januari 1993 dengan dikenali sebagai Muassasah Gadaian Islam Terengganu. 

Memandangkan skim ini berdaya maju dan memenuhi kehendak dan hukum Syariah, beberapa badan pergerakan koperasi dan kerajaan negeri telah mula menceburkan diri. Kerajaan Perlis, sebagai contoh, telah menubuhkan Pajak Gadai Islam pada Januari 1997. Antara badan pergerakan koperasi yang terawal dalam perlaksanaan skim ini ialah Koperasi Pengguna Pahang Berhad, Koperasi Gabungan Pekebun Kecil Perak Berhad dan Koperasi Kakitangan Kerajaan Dan Badan-Badan Berkanun Terengganu (KOKANUN).

Antara tujuan utamanya ialah untuk menghapuskan riba atau hasil bunga (faedah) dan gharar yang dikenakan oleh pengusaha kedai pajak gadai secara konvensional. Skim ini memberikan kemudahan alternatif kepada kemudahan pinjaman yang sedia ada di samping memberi pilihan kepada peminjam untuk menuruti kehendak dan hukum Syariah.

Berbalik kepada cerita emas dan perak di awal artikel, salah satu daripada keuntungan menyimpan emas (perak tidak boleh lagi setakat ini) ialah ia boleh digadaikan di Ar-Rahnu. Di Malaysia, perkhidmatan Ar-Rahnu biasanya disediakan oleh bank-bank tertentu seperti Agrobank, Bank Rakyat dan Bank Islam. Ada juga institusi lain seperti YAPEIM dan Permodalan Kelantan Berhad. 

Skim ini beroperasi dengan memberi pinjaman ihsan sementara kepada yang memerlukan, dengan cagaran atau barang sandaran yang di-namakan marhun. Di dalam konsep ini, sesuatu barang yang berharga dijadikan sebagai cagaran yang terikat dengan hutang. Pendek kata, sekiranya hutang tersebut tidak dijelaskan, maka marhun itu tadi boleh digunakan untuk menjelaskan baki hutang tersebut. Tujuan marhun ini ialah untuk meyakinkan tuan punya hutang/pemiutang bahawa risiko pembayaran semula hutang tadi dapat dikurangkan. Sementara di pihak penghutang, mereka ini tidak perlu menanggung beban pembayaran semula yang tinggi.
Ar-Rahnu beroperasi berdasarkan dua konsep iaitu:
  • Ar-Rahnu yang merujuk kepada mekanisme di mana suatu barang berharga dijadikan sandaran yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar dengannya, sekiranya hutang tersebut tidak dapat dijelaskan.
  • Al Wadiah Yad Dhamanah yang merujuk kepada simpanan barang berharga dengan jaminan. Setiap simpanan akan dikenakan upah simpan.

Menjawab persoalan yang disebut di awal artikel, ya sistem ‘buat duit’ ini adalah halal kerana ia memenuhi ciri-ciri berikut:
  • Bebas dari unsur-unsur riba, selari dengan kehendak dan hukum Islam.
  • Ianya berkonsepkan fardu kifayah; iaitu membantu sesama umat yang memerlukan pertolongan.
  • Meletakkan tanggungjawab sosial ke atas peminjam dan pemberi
    pinjaman yang mana ianya hanya menggunakan konsep upah perniagaan yang dibenarkan oleh Syarak.
  • Paduan yang syumul antara sifat-sifat komersil dan amal jariah; adil dan tidak membebankan peminjam.
  • Meningkatkan sikap amanah kepada pengusaha; menyimpan
    barang gadaian tersebut dengan baik.
  • Transaksi perniagaan yang lebih telus; bersandarkan kepada harga
    semasa barang gadaian (kebiasaannya barang gadaian ialah emas).

Dari segi rukun, Ar-Rahnu terbahagi kepada:
  • Penggadai: orang yang menggadai/orang yang berhutang.
  • Penerima Gadaian: pemegang gadaian/pemberi pinjaman.
  • Barang Gadaian : barang yang berharga yang terletak di bawah
    simpanan penerima gadaian.
  • Tanggungan Gadaian: jumlah yang terhutang.
  • Sighah/Perjanjian: perjanjian berkaitan pinjaman yang diberikan atau hutang dan gadaian.

Selain daripada itu, ada beberapa terma yang perlu anda ketahui, antaranya ialah:
  • Margin Pinjaman adalah 50 peratus nilai semasa di pasaran ke atas cagaran. Biasanya margin ini boleh mencecah sampai 70% (Agro Bank).
  •  Kadar Upah Simpan ialah sebanyak RM0.60 sebulan setiap RM100 nilai marhun (nilai marhun yang kurang daripada RM1000). RM0.70 sebulan setiap RM100 nilai marhun (nilai marhun yang lebih daripada RM1000). Ini sebenarnya adalah cara Ar-Rahnu membuat keuntungan memandangkan sistem pajak gadai Islam tidak mengenakan faedah ke atas pinjaman yang diberikan seperti mana kedai pajak gadai dan bank konvensional. 
  • Tempoh Pinjaman pula ialah enam bulan untuk maksimum. Jika penggadai gagal menebus dalam tempoh tersebut, pihak Pajak Gadai Islam boleh memberi tempoh kelonggaran penebusan untuk 2 bulan lagi tanpa permohonan daripada peminjam. Di peringkat ini, peminjam tidak semestinya membayar upah simpan.
    Jika penggadai masih tidak menebus dalam tempoh kelonggaran, tempoh gadaian boleh dilanjutkan untuk tempoh maksimum 2 bulan lagi dengan syarat penggadai membuat permohonan melanjutkan tempoh dan menjelaskan upah simpan pada tempoh gadaian yang asal dan tempoh kelonggaran selama 8 bulan.
  • Cagaran ialah emas tulen (bergantung kepada keadaan fizikal dan jenisnya).
  • Hasil Lelongan yakni barang gadaian yang tidak ditebus selepas tamat tempoh pinjaman akan dilelong mengikut harga pasaran semasa. Hasil lelongan akan ditolak pinjaman yang tidak berbayar, upah simpan dan kos-kos lain yang terbabit. Bakinya akan dipulangkan kepada penggadai. Pastikan anda jangan sampai ke tahap ini!

Baiklah, setelah ilmu penuh di dada, di sini diterangkan cara manipulasi yang diamalkan golongan pelabur emas muda yang disebut di awal artikel. Caranya mudah sahaja, sangat common sense. Begini, ketika harga emas rendah (harga komoditi emas harian boleh dilihat di www.kitco.com), mereka memajakkan emas di Ar-Rahnu. Dengan hasil pajakan yang sampai 65-70%, mereka beli lagi emas, contohnya Syiling Emas UOB, Kijang Emas atau jongkong emas Public Gold. Kemudian, mereka memajakkan pula emas-emas yang baru dibeli itu. Hasil pajakan kali kedua digunakan untuk beli lagi emas fizikal. 

Proses diulang-ulang sehingga 2-3 kali. Di hujung proses, emas fizikal dipastikan ada di tangan. Apabila harga emas naik, mereka menjual emas fizikal di tangan dan hasil jualan digunakan untuk tebus emas di dalam Ar-Rahnu dan proses diulangi sehingga semua emas habis ditebus. Di akhir proses, mereka akan dapat semua emas yang pertama. Inilah cara mereka membuat keuntungan kerana jualan emas pada harga tinggi boleh menampung kos upah simpan di Ar-Rahnu bagi emas-emas yang digadaikan. Hebat?
Jika anda masih tidak yakin, teruskan membaca…

Beberapa kelebihan Ar-Rahnu berbanding sistem pajak gadai konvensional ialah:
  • Perbezaan utama antara Ar-Rahnu dan sistem pajak gadai konvensional adalah pada perjanjian pinjaman yang dikaitkan dengan sesuatu ganjaran dan bukan pada gadaian itu sendiri. Dalam perjanjian Ar-Rahnu, pinjaman yang diberi tidak dikenakan faedah iaitu riba di mana riba diharamkan oleh Islam.
  • Nilai gadaian bagi barang yang ingin ditebus semula tidak berubah serta tidak berlaku penyelewengan. Tidak akan timbul keadaan di mana barang kemas yang anda tebus kurang berat daripada sebelum digadai!
  • Semua barang kemas yang disimpan semestinya selamat. Penerima gadaian akan menjamin pemeliharaan ke atas barangan kemas yang diberi oleh pemberi gadaian. Anda juga dapat jimat kos menyimpan di peti simpanan deposit Jyang agak mahal
  • Wang gadaian yang lebih akan dipulangkan. Kalau pemberi gadaian tak mampu nak bayar balik hutang yang ditanggung bila tempoh perjanjian tamat, pemberi gadaian akan dimaklumkan tentang barang gadaian yang terpaksa dijual. Kalau harga jualan melebihi baki hutang, lebihan tersebut akan dipulangkan.
  • Caj perkhidmatan di Ar-Rahnu jauh lebih murah daripada kedai pajak gadai konvensional. Silap-silap hari bulan, ada je tauke kedai pajak gadai konvensional yang meminta wang pendahuluan daripada penggadai walaupun akta melarang kegiatan tersebut.
  • Ar-Rahnu adalah sebuah Pajak Gadai Islam yang boleh bertolak ansur dengan pelanggannya berkaitan tempoh bayar balik wang pinjaman. Tempoh bayar balik pun munasabah. Tak macam sesetengah kedai pajak gadai konvensional yang meminta wang tambahan sekiranya tempoh pinjaman ingin dilanjutkan.
  • Di Ar-Rahnu, sebarang nilai timbangan akan ditunjukkan kepada pemberi gadaian. Maka pemberi gadaian tidak perlu risau dengan penipuan-penipuan yang sering berlaku semasa timbangan dibuat.
  • Ar-Rahnu dijamin memberi nilai gadaian yang sepatutnya.
    Terdapat unsur penipuan dalam sistem pajak gadai konvensional kerana Akta Pemegang Pajak Gadai tidak menetapkan nilai tara untuk menilai gadaian berkenaan. Dalam Ar-Rahnu, penerima gadaian akan memberi nilai gadaian yang sepatutnya dengan barang gadaian yang digadai oleh penggadai.
  • Pihak penerima gadaian akan memberi notis kepada pihak penggadai sekiranya barang gadaian mereka hendak dilelongkan dan tempoh masa membayar balik untuk mereka telah habis. Dengan ini pihak pemberi gadaian akan mengetahui bahawa tempoh masa membayar balik yang diperuntukkan untuk mereka telah habis dan barang gadaian mereka akan dilelongkan.

Semoga dengan adanya Skim Pajak Gadai Islam Ar-Rahnu ini, ia dapat memberi pilihan kepada masyarakat Islam yang memerlukan pinjaman segera agar tidak lagi terbelenggu dengan sistem pajak gadai konvensional yang lebih bersifat menindas.