Siapa tidak pernah dengar akan negara
Jepun? Tokyo adalah bandar nombor 1 di Asia dan ke 4 di dunia. Jepun
bertanggungjawab terhadap penciptaan mi segera sehingga mengubah cara seluruh
penduduk dunia makan. Negara ini mewujudkan produk baru yang sukar dibayangkan
minda. Mereka mendominasi dalam banyak industri Amerika daripada kereta
sehingga permainan video. Mereka juga pemimpin dunia dalam industri robotik.
Penduduk dunia semua gerun mendengar
kisah pengeboman nuklear paling zalim yang dilakukan Amerika Syarikat terhadap
Hiroshima dan Nagasaki. Hampir tidak masuk akal sekiranya difikirkan bahawa
negara yang telah mengalami bencana paling terburuk dalam sejarah penciptaan
dunia mampu menjadi negara paling berjaya di Asia dan disegani oleh pihak Barat
yang lebih awal mencapai kemakmuran dan kemajuan. Tiada siapa yang pernah
melihat gambar-gambar pengeboman yang mengerikan itu pada setengah abad lalu
telah memberikan negara ini mana-mana peluang untuk ‘hidup’ apatah lagi menjadi
sehebat Jepun yang kita kenali pada hari ini.
Apa sebenar rahsia penduduk Negara
Matahari Terbit ini?
Antara semua bangsa dalam dunia, dapat
dikatakan dengan penuh yakin bahawa penduduk Jepun adalah teramat rajin.
Seorang pekerja Jepun boleh melakukan pekerjaan yang biasanya dikerjakan oleh
5-6 orang. Contohnya, seorang pekerja di Jepun dapat menghasilkan sebuah kereta
dalam masa 9 hari, sedangkan pekerja di negara lain memerlukan 47 hari untuk
membuat kereta yang bernilai sama! Di kampus, professor juga biasa pulang malam
(secara tepat pagi), membuat mahasiswa tidak mahu pulang cepat. Direkodkan,
secara purata jam bekerja pegawai di Jepun adalah 2450 jam/tahun, sangat tinggi
dibandingkan dengan Amerika (1957 jam/tahun), Britain (1911 jam/tahun), Jerman
(1870 jam/tahun), dan Perancis (1680 jam/tahun). Penduduk Jepun juga boleh
dikatakan terlalu kuat bekerja sehingga wujud satu fenomena yang dipanggil
Karoshi yang bermaksud “mati kerana kerja keras”!
Penduduk Jepun tidak pernah berputus asa
dek peristiwa hitam pada malam yang mengerikan dalam abad ke-20 tersebut.
Sebaliknya, mereka bekerja bersama-sama untuk membentuk sebuah negara yang
kuat. Ekonomi Jepun kukuh bukan kerana kehebatan ciptaan-ciptaan mesinnya,
tetapi kerana kekuatan semangat dan prinsip-prinsip betul yang diamalkan rakyatnya.
Tun Mahathir yang sejak beberapa dekad lalu
kagum akan sikap penduduk Jepun yang pemalu. Orang Jepun sangat pemalu sehingga
tingkap-tingkap rumah mereka sentiasa ditutup agar tidak boleh melihat. Orang
ramai juga dibenarkan untuk mengeluarkan nama-nama mereka daripada buku telefon
jika mereka mahu. Sesiapa yang banyak bertanya akan dianggap biadab. Satu lagi
yang sinonim dengan perasaan malu mereka ialah yang fenomena yang diasaskan
puak Samurai yakni Harakiri yang bermaksud “bunuh diri dengan menusukkan pisau
ke perut”, biasanya kerana perasaan malu. Contohnya, menteri yang mengundurkan
diri kerana terlibat dalam masalah rasuah atau merasa gagal menjalankan
tugasnya. Perasaan malu menyebabkan sistem hidup orang Jepun menjadi teratur.
Mereka secara automatik membentuk barisan dalam setiap keadaan yang diperlukan
seperti pembelian tiket masuk ke stadium untuk menonton bola sepak, menaiki
bas, sampai nak menggunakan tandas awam, pun! Mereka malu terhadap orang
sekeliling apabila mereka melanggar peraturan ataupun norma yang sudah menjadi
amalan umum. Hebat, bukan?
Kesan daripada revolusi perindustrian
dan sistem kapitalisme yang meluas, budaya berbelanja menjadi kegemaran
penduduk di seluruh dunia, terutamanya bagi kaum Hawa tetapi tidak di Jepun.
Penduduk Jepun sememangnya mengamalkan sikap anti konsumerisme dalam pelbagai
bidang kehidupan. Contohnya, suri rumah di Jepun sanggup menaiki basikal ke
kedai sayur yang agak jauh dari rumah, hanya kerana lebih murah 20 atau 30 yen.
Banyak keluarga di Jepun yang tidak memiliki kereta, bukan kerana tidak mampu,
tapi kerana lebih berjimat menggunakan bas.
Professor mereka bersaing dengan para
mahasiswa dengan menaiki basikal ke kampus. Penduduknya pula suka berbelanja di
hypermarket sekitar jam 7 setengah malam kerana pada mas itu, pihak hypermarket
akan memotong harga sampai separuh pada waktu sekitar setengah jam sebelum
tutup yakni pada pukul 8 malam. Satu idea yang baik, tak gitu?
Seterusnya, bangsa Jepun agak ke hadapan
daripada bangsa-bangsa lain di Asia dari segi inovasi. Mereka tidak berapa
kreatif untuk mencipta sesuatu, tetapi mereka ternyata bijak mengubah penemuan
orang lain dan kemudian memasarkan nya dalam bentuk yang diminati oleh
masyarakat. Agak janggal sekiranya menyentuh tentang inovasi tanpa menyebut
seorang tokoh Jepun yang disegani ramai. Akio Morita, CEO Sony telah
mengembangkan Sony Walkman sehingga jumlah jualan sehingga tahun 1995 mencecah
angka 150 juta! Kisahnya, Cassete Tape tersebut bukanlah ciptaan beliau, tetapi
ia adalah milik Phillip Electronics. Kehebatan Akio terletak pada bakat inovasi
nya yang mampu mengubah model tersebut kepada sesuatu yang dipanggil Walkman,
produk yang meletup selama puluhan tahun. Siapa yang tak pernah memiliki
Walkman,kan?
Umum kita dengar yang sesebuah syarikat
boleh dianggap hebat sekiranya mereka mampu membuatkan seorang graduan muda
bekerja melebihi 2 tahun kerana generasi Y ini sangat suka menukar kerja.
Pantang ada faedah atau gaji lebih, mereka mesti sapu licin! Tetapi berlainan
keadaannya di Jepun. Penduduk Jepun, tidak kira generasi apa pun sangat jarang
bertukar-tukar kerja. Mereka biasanya bertahan di satu atau dua syarikat sampai
lah pencen. Contoh yang lain dalam membuktikan betapa setianya orang Jepun
dalam sesuatu perkara dapat dilihat dengan pembangunan bandar Hofu yang
merupakan bandar industri yang jauh ketinggalan dengan penduduk yang terlalu
padat, suatu ketika dahulu. Disebabkan kesetiaan penduduknya yang tidak
berbelah bahagi, mereka bekerja keras siang dan malam sehingga berjaya mengubah
Hofu menjadi bandar yang maju dan moden. Bahkan pada masa sekarang menjadi
bandar industri terbaik dengan pengeluaran kenderaan mencapai 160,000 setahun!
Sikap ini sememangnya sukar untuk dicari di negara-negara maju seperti Amerika
mahupun Eropah.
Kesan daripada revolusi perindustrian
dan sistem kapitalisme yang meluas, budaya berbelanja menjadi kegemaran
penduduk di seluruh dunia, terutamanya bagi kaum Hawa tetapi tidak di Jepun.
Penduduk Jepun sememangnya mengamalkan sikap anti konsumerisme dalam pelbagai
bidang kehidupan. Contohnya, suri rumah di Jepun sanggup menaiki basikal ke
kedai sayur yang agak jauh dari rumah, hanya kerana lebih murah 20 atau 30 yen.
Banyak keluarga di Jepun yang tidak memiliki kereta, bukan kerana tidak mampu,
tapi kerana lebih berjimat menggunakan bas.
Yang paling sinonim dengan masyarakat
Jepun ialah sikap pantang menyerah. Sejarah membuktikan bahawa bangsa Jepun
mempunyai daya ketahanan yang amat tinggi. Contohnya, ketika kerajaan Tokugawa
memerintah Negara Matahari Terbit ini, mereka sangat ketinggalan dari aspek
teknologi dek kerana dasar kerajaan yang menutup semua akses ke luar negeri.
Tetapi, Ketika pemulihan Meiji berlaku, bangsa Jepun cepat beradaptasi dan
menjadi fast learner. Contoh seterusnya, Matsushita Konosuke yang perniagaannya
hampir musnah dan hampir tersingkir daripada perniagaan peralatan elektronik
sekitar tahun 1945 masih mampu merangkak, bermula dari kosong untuk
membangunkan industri sehingga menjadi empayar Matsushita yang dikenali ramai
pada hari ini. Lagi contoh, Jepun tidak seperti Malaysia yang kaya dengan
sumber alam. Jepun sangat miskin dalam aspek ini tetapi mereka tidak pernah
menyerah kalah. Mereka mengimport minyak, bijih besi dan kayu, bahkan 85%
sumber tenaga Jepun berasal dari negara lain.
Kemudian, sifat berdikari memang tidak
boleh dipisahkan dengan masyarakat Jepun. Budaya murni yang dilatih sejak kecil
ini secara tidak langsung akan melatih setiap penduduknya untuk sentiasa
bersedia menghadapi segala kemungkinan dan bangun semua dengan cepat setelah
berlaku kecelakaan. Seperti yang diketahui umum, negara Jepun terdedah kepada
pelbagai jenis bencana alam seperti letusan gunung berapi, gempa bumi, tsunami
dan macam-macam lagi. Dengan mempersiapkan anak-anak kecil ini agar dapat berdikari,
mereka tidak perlukan latihan ketenteraan lagi selepas tamat sekolah menengah
tinggi. Cara mereka dilatih amat mudah. Anak-anak kecil di Jepun dilatih untuk
membawa perlengkapan sendiri, dan bertanggungjawab terhadap barang miliknya
sendiri. Semasa di kolej, sebahagian besar daripada mereka tidak meminta
belanja daripada ibu bapa. Mereka membuat kerja sambilan untuk menampung
belanja sekolah dan belanja harian. Sekiranya mereka kehabisan wang, mereka
“meminjam” wang daripada ibu bapa yang akan dipulangkan kemudian.
Dan sikap yang satu ini, memang
merupakan masalah kronik di Malaysia. MEMBACA. Penduduk Jepun sangat rajin
membaca. Dalam densha (kereta elektrik), bullet train, di perhentian bas, di
mana-mana sahaja, anak-anak kecil dan golongan dewasa asyik membaca buku atau
surat khabar. Jika ada demand, mesti ada supply, bukan? Para penerbit di sana
membuat komik manga untuk mengisi di kurikulum sekolah dan ia dibenarkan oleh
pihak sekolah. Komik manga yang menjadi kegilaan anak-anak muda Jepun diselitkan
dengan pelajaran Sejarah, Biologi, Bahasa, dan macam-macam lagi demi
meningkatkan minat membaca dalam masyarakat. Budaya membaca orang Jepun juga
didukung oleh kepantasan proses penterjemahan buku-buku asing (Bahasa Inggeris,
Perancis, Jerman, dsb).
Lagi, pepatah Melayu ada menyebut,
“bersatu teguh, bercerai roboh”. Inilah yang diamalkan penduduk Jepun dalam
melaksanakan sebarang pekerjaan. Mereka lebih gemar melakukan sesuatu secara
berkumpulan, pendek kata, kurang sifat individualistik dalam masyarakat mereka.
Dunia belajar mahupun pekerjaan, prinsip kerja secara berkumpulan ini juga
membawa kesepaduan dalam negara mereka. Mesyuarat atau muafakat atau sering
disebut dengan “rin-gi” adalah ritual dalam kumpulan. Ada pepatah yang
mengatakan bahawa “Seorang professor Jepun akan kalah dengan seorang professor
Amerika, tetapi 10 orang professor Amerika tidak akan dapat mengalahkan 10
orang professor Jepun yang berkumpulan”.
Akhir sekali, walaupun Jepun sudah jauh
ke hadapan meninggalkan negara-negara yang seangkatan dengannya, bangsa Jepun
masih mengekalkan tradisi dan budaya nenek moyangnya. Budaya perempuan yang
sudah menikah untuk tidak bekerja masih wujud. Budaya minta maaf masih lagi
diamalkan. Bangsa Jepun amat sukar untuk berkata “tidak” terhadap sebarang
permintaan.
Itulah rahsia kejayaan orang Jepun. Luar
biasa!
sumber : www.usahawan.com