Pelabur Pasif vs Pelabur Aktif
Untuk menggandakan keuntungan dalam pelaburan dan juga perniagaan emas
atau apa sahaja, pasif dan aktif haruslah anda fahami dengan sebenar-benarnya
dalam kehidupan harian anda dan jika telah memahaminya anda akan telah hampir
ke arah jutawan atau financial freedom.
Pendapatan Pasif:
Anda kerja sekali tetapi dapat dibayar tanpa henti!
Apakah income pasif? Income pasif adalah pendapatan setiap bulan yang
diperolehi tanpa membuat apa2 kerja. Contohnya, income dari google adsense,
iklan2 diblog anda yang dibayar tetap setiap bulan, ebook2 terjual secara
konsisten setiap bulan, income dari jualan affiliate dan berbagai2 lagi.
Pendapatan Aktif:
Anda dibayar berdasarkan masa anda bekerja
Apakah income aktif? Income aktif adalah pendapatan yang kita telah buat
atau cari pada setiap bulan. Contohnya, dapat job review produk diblog, buat
sponsor blogpost, buat jualan produk fizikal di blog anda kemudian mendapat
duit, buat service penulisan artikel, buat service terjemahan artikel dan lain2
lagi.
Jika anda
dilihat konsep pendapatan pasif ini daripada kehidupan orang disekeliling anda,
banyak kumpulan yang tidak sekaya mana seperti yang anda lihat. Doktor pakar
dan doktor gigi tidak mempunyai pendapatan pasif daripada hasil titik peluh
mereka. Potensi pendapatan mereka ada hadnya. Mereka hanya boleh berjumpa
sejumlah tertentu pesakit sahaja. Dan mereka juga mestilah berjumpa dengan
setiap pesakit tersebut. Ianya aktif.
Begitu
juga dengan pegawai kerajaan, peguam atau jurujual. Kebanyakkan daripada mereka
tidak mempunyai pendapatan pasif. Mereka memang nampak kaya, tetapi sebenarnya
mereka tetap bergantung kepada gaji seperti kebanyakkan daripada kita.
Berapa
peratuskah hasil pendapatan anda adalah pasif? Jika anda bijak, anda sudah mula
untuk bertukar daripada aktif kepada pasif. Ini akan memberikan lebih banyak
masa untuk anda melakukan apa yang anda suka ketika waktu yang anda mahukan. Kata kuncinya ialah anda perlu mencuba satu punca
pendapatan pasif !!!
Berikut adalah beberapa contoh jenis punca pendapatan pasif yang boleh anda buat kajian :
* Pelabur yang mendapat dividen bulanan atau tahunan
* Pencipta lagu yang menerima royalti daripada lagu mereka
* Penulis yang menerima royalti daripada buku tulisan mereka
* Agen insuran yang mendapat pendapatan sampingan
* Pengusaha gayapos/internet yang mendapat keuntungan berterusan
* Ahli jualan langsung yang menerima komisen bulanan
* Pelakon yang mendapat bayaran royalti
* Usahawan yang mendapat keuntungan bisnes
* Pencipta software yang menerima royalti
* Pencipta permainan video mendapat royalti
* Penjual senarai nama yang mendapat yuran sewaan
* Pemilik hartanah yang menyewakan rumah atau tanah
Jadi
berusahalah mencari pendapatan pasif bagi menjamin kesejahteraan hidup kita. KELUARLAH DARI CONFORT ZONE ANDA dan jika takut
risiko jangan bicara soal perjuangan!
sumber: www.usahawan.com
No comments:
Post a Comment