Perunding Pelaburan Dan Simpanan Emas

Tuesday 10 January 2012

Semua tertipu

Oleh Mahaizura Abd Malik
metrojb@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: “Sah bukan emas,” kata Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Johor, Shahar Effendi Abdullah Azizi mengenai ketulan batu di Jalan Mewah, Kampung Melayu Majidee yang didakwa penduduk mengandungi emas sehingga menyebabkan kawasan itu menjadi tumpuan sejak lima hari lalu.

 Shahar yang ditemui ketika melawat lokasi itu semalam berkata, pihaknya sudah mengambil sampel ketulan batu berkenaan dan melaksanakan kajian terhadap hablur yang sebelum ini didakwa emas.

“Hasil kajian mendapati ketulan batu itu tidak mengandungi emas, sebaliknya ia hanyalah sejenis batuan granit mengandungi mineral pirit atau besi sulfid.

“Orang ramai jangan mudah tertipu kerana untuk rekod, pirit juga dikenali sebagai ‘fool’s gold’. Ia memang seakan-akan warna emas, namun langsung tidak ada nilai,” katanya.

Shahar yang hadir bersama Timbalan Pengarah (Sumber Mineral) jabatan berkenaan, Abdullah Sani H Hashim berkata, beliau difahamkan longgokan batu di kawasan itu diambil dari sebuah kuari di Kulaijaya.

Menurutnya, agak malang kerana penduduk di situ dan kawasan sekitarnya terpedaya dan tersalah sangka.

“Kami sudah memaklumkan keputusan kajian kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor untuk tindakan selanjutnya dan berharap orang ramai menghentikan tindakan mengorek batuan di kawasan itu.

“Ingin saya tegaskan, individu yang mengorek batuan di kawasan itu boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 425 Kanun Tanah Negara atas kesalahan melakukan kerja mengorek atau menceroboh tanah kerajaan tanpa kebenaran,” katanya.

Menurutnya, jika sabit kesalahan, sesiapa yang berbuat demikian boleh didenda RM10,000 dan penjara selama setahun.

Harian Metro sebelum ini melaporkan laluan baru ditar di Jalan Mewah menjadi tumpuan ramai sejak lima hari lalu disebabkan percaya ketulan batu bersalut hablur emas.

------------------------------------------------------------------------------
Lihat Barang Kemas Sinargold Klik Sini
Beli Barang Kemas Sinargold   Klik Sini

1 comment:

  1. Orang-orang kampung melayu majidee kalaun nak emas murah boleh order ngan saya je... SINARGOLD termurah dipasaran sekarang.

    ReplyDelete