Perunding Pelaburan Dan Simpanan Emas

Friday 27 January 2012

30 Kelebihan Menyimpan Emas Fizikal

30 Kelebihan Melabur didalam Emas Adalah:
  1. Suatu pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang sebagai aset simpanan pelabur
  2. Simpanan aset yang mudah dicairkan dan laku dimana sahaja pada bila-bila masa
  3. Tidak memerlukan pihak ketiga untuk urusan jual-beli, pelabur sendiri boleh menjual emas simpanan pada bila-bila masa
  4. Halal dengan akad jual beli emas yang dituntut islam
  5. Mudah dan senang untuk diuruskan. Hanya simpan dan tunggu
  6. Aset simpanan apabila keadaan ekonomi, politik walaupun sistem ekonomi jatuh
  7. Harga emas adalah stabil dan tidak terikut dengan kesan kenaikan inflasi “Kekukuhan nilai emas memang tiada bandingannya. Misalnya, harga 1 dinar emas yang bernilai kira-kira RM50 pada era 1960an dapat membeli seekor kambing pada masa itu; sekarang ini 1 dinar emas telah bernilai kira-kira RM397 dan juga dapat membeli seekor kambing. “Berdasarkan contoh ini, ternyata nilai emas adalah kukuh berbanding wang kertas yang meningkat ekoran kenaikan kadar inflasi,” tambahnya (Berita Harian – 11 Januari 2008)
  8. Pelaburan yang selamat, jika amaun simpanan adalah besar, pelabur boleh menyimpan di peti simpanan keselamatan pada kadar sewa yang berpatutan
  9. Aset yang boleh diturunkan ke waris tanpa perlu pertukaran dokumen, mahkamah dan campur tangan pihak ketiga
  10. Boleh dipakai, disentuh dan dilihat dengan mata kasar
  11. Boleh dipajak untuk tunai sementara, pada bila-bila masa dengan kadar upah yang rendah di ar-rahnu
  12. Design yang cantik dan mempunyai kilauan warna emas yang menarik
  13. Senang untuk dibawa kemana-mana kerana mempunyai pelbagai variasi saiz dari 5gram – 100gram
  14. Boleh diniagakan tanpa campur tangan pihak ketiga
  15. Sebagai salah satu cara menyimpan duit dari berbelanja kearah perkara yang membazirkan
  16. Permintaan emas agak tinggi akhir-akhir ini kerana banyak negara mula membeli dan mengelak dari kekangan matawang dolar
  17. Boleh menjadi permulaan suatu bisnes untuk keluarga dengan menyimpan emas untuk diniagakan
  18. Tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas untuk orang islam
  19. Membeli emas didalam negeri dapat membantu aliran matawang didalam negeri sahaja berbanding membeli barangan import seperti Honda, Toyota dan Mercedes
  20. Membeli emas bukan sahaja menguntungkan diri sendiri bagi wanita, tetapi juga dapat membantu suami, anak-anak dan keluarga apabila keadaan memerlukan
  21. Sebagai hadiah kepada isteri, anak-anak dan ibu bagi menghargai mereka
  22. Kawalan penuh, sebagai pemilik emas yang disimpan sendiri, anda tidak memerlukan pengurus dana, consultant atau apa sahaja untuk menentukan masa atau bila untuk dijual
  23. Aset fizikal yang tidak boleh dibekukan walaupun diisytiharkan bangkrup
  24. Hutang amerika syarikat berjumlah trilion dollar pada bila-bila masa sahaja boleh tumbang dan bakal menyebabkan recession diseluruh dunia, disebabkan itu banyak negara mula membeli dan menyimpan emas
  25. Ketika keadaan kacau bilau wang kertas sudah tidak bernilai, hanya mereka yang ada simpanan emas sahaja survive dan bank pula pastinya akan tutup.mesin ATM? Erm..
  26. Backup didalam modal perniagaan, cagaran perniagaan dan sebagainya
  27. Pelaburan yang tidak terjejas dalam sebarang bentuk naik turun ekonomi
  28. Memulakan perniagaan baru seperti orang kemboja yang berpindah ke Malaysia akibat perang di negara mereka
  29. Kerajaan China menasihatkan rakyat mereka menyimpan sekurang-kurang 5% dari kekayaan mereka dengan membeli emas
  30. Emas tidak boleh dimanipulasikan dan tidak boleh ditiru
  31. HANTARAN KAHWIN!! SAPA KAHWIN TAK BELI EMAS. Lebih lama ditunggu, harga emas akan lebih tinggi..
Jadi, tu sedikit sebanyak kelebihan emas...bagi sesiapa yang masih xtau kelebihan emas fizikal, ni adalah jawapannya..banyak lagi...bergantung pada individu...

Hubungi saya untuk maklumat lanjut: 013-3717633
------------------------------------------------------------------------------
Lihat Barang Kemas Sinargold Klik Sini
Beli Barang Kemas Sinargold   Klik Sini 

Monday 23 January 2012

Emas dijangka cecah RM503 satu gram menjelang 2020

Berita Harian
17/1/2012

STANDARD Chartered Bank mengunjurkan harga emas bakal mencecah AS$5,000 seauns atau kira-kira AS$160 (RM503) satu gram menjelang 2020, disokong permintaan kukuh dari China dan India.  Ketua Penyelidik Global Komoditinya, Hsi Han Pin berkata ada kaitan ketara antara pendapatan isi rumah di China dan India dengan harga emas kerana sebarang peningkatan pendapatan boleh guna di dua negara pembeli emas utama dunia itu akan mendorong peningkatan permintaan bagi logam berharga berkenaan.

 Beliau berkata, langkah bank pusat seluruh dunia mengumpul emas bagi mempelbagaikan rizab masing-masing juga membantu melonjakkan harga logam berharga itu untuk terus kekal tinggi.

 “Kebimbangan terhadap krisis hutang Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi Amerika Syarikat (AS) akan terus menggalakkan pelabur dan bank pusat membeli emas,” katanya pada siri taklimat penyelidikan global 2012 di Kuala Lumpur semalam.  Hsi menambah, harga emas juga akan disokong persekitaran kadar faedah sebenar yang negatif apabila banyak bank pusat dijangkakan menurunkan kadar faedah atau mengekalkannya pada paras terendah untuk menyokong pertumbuhan ekonomi negara masing-masing.  Sepanjang 2011, harga emas meningkat 10 peratus dengan mencecah paras tertinggi dalam sejarah pada AS$1,920.30 seauns atau AS$61 (RM194) satu gram September lalu berikutan kebimbangan krisis hutang di Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi AS.  Bagaimanapun, pada Disember lalu, harganya jatuh mendadak berikutan pengukuhan dolar AS dan penjualan berterusan oleh dana lindung nilai.  Pada dagangan semalam, harga emas meningkat 11 sen kepada RM159.93 satu gram.  Mengenai ekonomi Malaysia, Ketua Penyelidik Asia Tenggara Standard Chartered Bank, Tai Hui mengunjurkan ekonomi negara ini akan berkembang 2.7 peratus tahun ini berbanding 4.8 peratus tahun lalu berikutan ketidaktentuan ekonomi global.  Katanya, sektor komoditi akan menjadi pemangkin utama yang menentukan pertumbuhan tahun ini, sama seperti tahun lalu dengan minyak sawit, getah dan gas asli cecair menyumbang 70 peratus kepada pertumbuhan lapan peratus eksport Malaysia dalam tempoh sembilan bulan tahun lalu.  Beliau berkata, harga komoditi juga memainkan peranan penting dalam perbelanjaan penduduk Malaysia terutama di kawasan kampung.  "Harga komoditi yang tinggi akan membantu ekonomi domestik berdepan dengan ketidaktentuan di pasaran global," katanya.  Beliau berkata, pihaknya menjangkakan harga CPO akan berada pada paras RM3,450 setan tahun ini, meningkat daripada RM3,216 setan tahun lalu.  Tai berkata, inflasi dijangka berkurangan kepada 2.6 peratus tahun ini berbanding 3.3 peratus lalu berikutan kestabilan harga komoditi dan makanan.  Beliau berkata pihaknya juga mengunjurkan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengurangkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 0.5 peratus tahun ini, bermula dengan pengurangan 0.25 peratus pada Mac ini.  Bank itu mengunjurkan ringgit akan mencecah paras RM3.03 
berbanding dolar AS menjelang akhir tahun ini, disokong harga komoditi yang kukuh.

------------------------------------------------------------------------------
Lihat Barang Kemas Sinargold Klik Sini
Beli Barang Kemas Sinargold   Klik Sini

Friday 20 January 2012

Emas 'penyelamat' di dunia dan akhirat

Utusan Malaysia
Oleh ZURAIDA MOHYIN

 Gambar JEFFRI IRAN

Azlina Che Abdullah (kiri) bermesra dengan peserta Bengkel Korporat Muslimah 2010 sambil diperhatikan Mohd. Rais Alias.
DALAM Islam, antara dua ibadat yang sangat dititikberatkan iaitu; solat dan zakat. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 43 yang bermaksud: Dan dirikanlah kamu akan solat dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk. Solat ialah berhubungkait soal peribadi individu itu dengan Allah (hablun minallah) manakala zakat ialah hubungan dengan sesama manusia (hablun minannas).

Topik kewajipan mengeluarkan zakat bukanlah asing bagi setiap daripada kita. Ini diukur menerusi jumlah kutipan zakat setiap tahun yang meningkat dari semasa ke semasa, sekali gus membuktikan kesedaran telah mula ada dalam setiap individu Islam dan syarikat korporat. Apatah lagi kewajipan ini telah ditegaskan dalam surah at-Taubah ayat 103.

Kalau sedekad yang lalu, orang kurang mengetahui tentang kewajipan mengeluarkan zakat daripada pendapatan atau gaji yang diperoleh setiap bulan, tetapi kini dengan promosi agresif agensi-agensi berautoriti berkaitan zakat serta penyediaan pelbagai kaedah pembayaran, telah membolehkan mereka yang layak hanya melaksanakannya di waktu dan tempat tanpa perlu lagi pergi ke kaunter-kaunter pungutan zakat.

Selaras dengan perkembangan ekonomi dan peningkatan jumlah usahawan wanita yang berpotensi menjadi pembayar zakat, Pusat Pengutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) mengadakan Bengkel Korporat Muslimah 2010 awal November lalu.

Bengkel setengah hari itu, menyentuh topik 'Perspektif Zakat Niaga & Emas' dengan tema Kilauan Firdausi telah membawa tiga pembentang iaitu; Pengurus Kanan Operasi Runcit Habib Jewels, Mohd. Zaruddin Mahmud yang mengupas tajuk 'Pengenalan Emas dan Perkembangannya di Malaysia'.

Panel kedua ialah Pengasas & Pengarah Urusan D'Navechee Beauty (M) Sdn. Bhd., Datuk Azlina Che Abdullah, yang membicarakan tajuk, 'Usahawan dan Perniagaan: Zakat Dilaksanakan' serta pembentang yang tidak perlu diperkenalkan, penceramah bebas dan perunding motivasi, Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood dengan tajuk, 'Zakat dan Perhiasan'.

Pengurus Besar PPZ-MAIWP, Mohd. Rais Alias dalam ucapan perasmian berkata, wanita dan emas diibaratkan seperti irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan, ia begitu sinonim dengan kaum wanita. Begitu juga wanita dalam sektor perniagaan.

Maka, katanya, tidak hairanlah wanita masa kini dilihat mampu membantu meningkatkan ekonomi negara, khususnya dalam bidang keusahawanan.

Menurut beliau, jika dahulu orang mengatakan tempat wanita layaknya di dapur tetapi kini segalanya sudah berubah. Malah lebih membanggakan wanita mampu bersaing setanding dengan kaum lelaki.

"Namun, keghairahan usahawan wanita dalam meningkatkan ekonomi negara menjadikan mereka lupa bahawa sebenarnya mereka juga perlu menunaikan tanggungjawab berzakat.

"Atas dasar tanggungjawab itulah menyebabkan PPZ-MAIWP terpanggil mengadakan bengkel pagi ini, sekali gus memberi kesedaran kepada usahawan wanita kita," kata Mohd. Rais di hadapan hampir 200 peserta bengkel tersebut.

Sementara itu, dalam kertas kerjanya, Mohd. Zaruddin berkongsi maklumat mengenai perkembangan emas di Malaysia. Katanya, emas telah menjadi sebahagian daripada kaum wanita. Namun, sejak akhir-akhir ini, kaum lelaki juga mula berjinak-jinak dengan logam emas. Bukan untuk dipakai tetapi untuk pelaburan.

"Disebabkan nilai yang ada pada emas itulah maka ia amat berharga. Emas tidak terlalu terpengaruh dengan keadaan inflasi dan deflasi. Maka secara tidak langsung, orang gunakan emas sebagai alternatif menyimpan harta yang ada.

"Selain itu, emas juga menjadi menjadi simbol kekayaan dan kuasa. Emas juga boleh disimpan dalam bentuk nilai walau dalam keadaan ekonomi tidak menentu," katanya.

Terangnya lagi, trend semakin berubah iaitu daripada emas kuning kepada emas putih dan kini yang semakin diminati iaitu Rose Gold (emas yang berwarna ros). Perubahan cita rasa ini dikesan sejak tahun lepas. Pun begitu emas dengan reka corak sauh masih lagi diminati atau evergreen sampai sekarang.

Menyentuh perkembangan emas di Malaysia, sejak kebelakangan ini, ramai masyarakat tidak kira bangsa dan agama berlumba-lumba membeli emas sebagai satu alternatif untuk pelaburan.

"Ketika ekonomi negara merudum iaitu pada tahun 1997 dan 1998 dan dua tahun lepas, harga emas tidak jatuh tapi terus naik. "Meskipun, emas dianggap sebagai penyelamat semasa keadaan ekonomi tidak menentu. Namun, untuk tujuan pelaburan, seseorang itu kena bijak tentang selok-belok pelaburan emas," jelasnya.

Akui Mohd. Zaruddin, satu perkembangan yang sihat berlaku di mana kaum wanita sekarang ini semakin lama semakin bijak. Ini kerana mereka bukan sahaja membeli emas sebagai perhiasan tetapi sebagai pelaburan.

"Bagi saya, kita tidak perlu menunggu sehingga harga emas turun barulah merancang untuk membeli emas tetapi boleh bermula daripada sekarang.

"Malah, kita boleh mulakan dengan menggantikan duit simpanan atau duit hari raya anak-anak dengan membeli barangan kemas mereka.

"Cara ini secara tidak langsung, mendidik anak melabur secara bijak berbanding wang yang diperoleh dibeli telefon bimbit dan sebagainya," ujarnya.

Pada pagi itu juga, jutawan tanah air, Datuk Azlina Che Abdullah berkongsi beberapa rahsia kejayaan yang bermula dengan menjual kuih-muih, kemudian menjadi guru, kerani, setiausaha dan akhirnya, bergelar jutawan.

"Dulu saya memang penggemar emas sehingga pernah diperli oleh suami tetapi apabila saya jatuh tahun 1996, barang kemas itulah yang menjadi modal untuk meneruskan kesinambungan peniagaan.

"Adat orang berniaga, ada ketikanya mengalami naik turun di dalam perniagaan. Tetapi dengan melaksanakan kewajipan berzakat, banyak bersedekah, bersih hati serta ikhlas kerana Allah dalam setiap perbuatan, maka keberkatan rezeki itu memang sukar dinafikan," jelasnya.

Dahulu, kata Azlina, hati beliau selalu berkata, hendak bayar zakat nanti tunggu kaya dahulu. Apabila sudah kaya, masih tidak bayar dengan alasan sibuk.

"Saya tidak salahkan orang lain kerana pada masa itu saya jahil, saya ingatkan dengan membayar zakat sendiri kepada fakir miskin itu sudah mencukupi tetapi lama-kelamaan saya sedar yang selama ini, saya tidak melakukannya secara betul," akui Azlina apabila mula membayar zakat secara betul bermula tahun 2004, rezekinya terus bertambah.

Cerita wanita gigih ini lagi, ibunya seorang ibu tunggal dahulunya adalah seorang penerima zakat. Bermula daripada saat itulah, beliau sentiasa berdoa dan meminta Allah SWT memudahkannya agar dapat menaikkan martabat ibu yang juga tulang belakang mereka anak-beranak.

Salah satu ayat yang sentiasa menjadi pemangkin semangat kepadanya, kata Azlina ialah sepotong ayat daripada surah ar-Rad ayat 11 yang bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib yang ada pada diri mereka sendiri.

Begitu juga dalam surah al-Insyirah ayat 5 dan 6 yang bermaksud: Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.

------------------------------------------------------------------------------
Lihat Barang Kemas Sinargold Klik Sini
Beli Barang Kemas Sinargold   Klik Sini

Tuesday 10 January 2012

Semua tertipu

Oleh Mahaizura Abd Malik
metrojb@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: “Sah bukan emas,” kata Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Johor, Shahar Effendi Abdullah Azizi mengenai ketulan batu di Jalan Mewah, Kampung Melayu Majidee yang didakwa penduduk mengandungi emas sehingga menyebabkan kawasan itu menjadi tumpuan sejak lima hari lalu.

 Shahar yang ditemui ketika melawat lokasi itu semalam berkata, pihaknya sudah mengambil sampel ketulan batu berkenaan dan melaksanakan kajian terhadap hablur yang sebelum ini didakwa emas.

“Hasil kajian mendapati ketulan batu itu tidak mengandungi emas, sebaliknya ia hanyalah sejenis batuan granit mengandungi mineral pirit atau besi sulfid.

“Orang ramai jangan mudah tertipu kerana untuk rekod, pirit juga dikenali sebagai ‘fool’s gold’. Ia memang seakan-akan warna emas, namun langsung tidak ada nilai,” katanya.

Shahar yang hadir bersama Timbalan Pengarah (Sumber Mineral) jabatan berkenaan, Abdullah Sani H Hashim berkata, beliau difahamkan longgokan batu di kawasan itu diambil dari sebuah kuari di Kulaijaya.

Menurutnya, agak malang kerana penduduk di situ dan kawasan sekitarnya terpedaya dan tersalah sangka.

“Kami sudah memaklumkan keputusan kajian kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor untuk tindakan selanjutnya dan berharap orang ramai menghentikan tindakan mengorek batuan di kawasan itu.

“Ingin saya tegaskan, individu yang mengorek batuan di kawasan itu boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 425 Kanun Tanah Negara atas kesalahan melakukan kerja mengorek atau menceroboh tanah kerajaan tanpa kebenaran,” katanya.

Menurutnya, jika sabit kesalahan, sesiapa yang berbuat demikian boleh didenda RM10,000 dan penjara selama setahun.

Harian Metro sebelum ini melaporkan laluan baru ditar di Jalan Mewah menjadi tumpuan ramai sejak lima hari lalu disebabkan percaya ketulan batu bersalut hablur emas.

------------------------------------------------------------------------------
Lihat Barang Kemas Sinargold Klik Sini
Beli Barang Kemas Sinargold   Klik Sini

Batu jalan hablur emas

Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my

GEMBIRA...Rawi Ilias menunjukkan batu untuk membaiki jalan yang mengandungi hablur emas.

JOHOR BAHRU: Ratusan individu bakal bergelar jutawan sekiranya puluhan ketulan batu didakwa bersalut hablur emas yang dikumpul keluarga masing-masing sejak empat hari lalu di Jalan Mewah, Kampung Melayu Majidee disahkan emas tulen.

Setakat semalam, kumpulan berkenaan tinggal selangkah lagi untuk bergelar jutawan selepas wakil pemilik kedai emas yang beroperasi di sebuah pusat beli-belah di Tampoi mengesahkan ia emas tulen. Penduduk memaklumkan, mereka mendapat kerjasama wakil kedai emas berkenaan yang datang ke lokasi dan melakukan pemeriksaan ke atas ketulan batu itu, kelmarin.

Hasilnya, wakil berkenaan mendakwa ketulan batu diselaputi warna kuning tua itu adalah emas tulen yang mempunyai gred terbaik. Bagaimanapun, perkara itu belum ditentukan kesahihannya 100 peratus kerana banyak lagi kajian serta ujian perlu dilakukan sebelum menyatakan ketulan batu berkenaan sahih diselaputi emas tulen. Idham Mohd Diah, 36, berkata, wakil pemilik kedai emas yang mengunjungi tapak pencarian itu turut dikatakan menempah batu kononnya mengandungi hablur emas. “Ada penduduk yang mendakwa batu yang dikumpul mereka itu sudah ditempah pembeli emas dengan harga hingga RM15,000. “Saya dan bapa menemui beberapa ketulan emas sejak mencarinya empat hari lalu,” katanya.

Suri rumah dari Stulang, Munawarah Rashid, 29, berkata, sejak jam 10 pagi hingga 3 petang semalam, dia serta suami mengumpul 40 batu bersalut hablur dipercayai emas.“Kami bercadang kembali semula ke sini pagi ini dengan harapan dapat menemui lebih banyak batu berkenaan. “Saya mendapat tahu berkaitan penemuan batu terbabit menerusi rakan yang mendakwa mengumpul 20 ketulan batu bersalut hablur emas dalam tempoh dua jam, kelmarin.

“Sekiranya benar ia emas tulen, kami menganggapnya rezeki,” katanya. Munawarah berkata, dia turut tahu berkaitan kesahihan yang dimaklumkan wakil kedai emas berkenaan dan berharap ia benar. Penduduk, Mohd Diah Abdullah, 63, berkata, suasana perkampungan itu bertukar riuh selepas penemuan batu bersalut warna keemasan terbabit. Menurut Diah, individu pertama menemui batu itu adalah keluarga besannya, empat hari lalu. 

Harga emas dijangka naik RM5,662 seauns

Harga emas dijangka naik RM5,662 seauns

2012/01/07 - Berita Harian

HARGA emas dijangka kekal di paras tinggi tahun ini apabila bank pusat global dijangka akan terus membeli logam berharga itu yang dianggap selamat ketika keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, kata OCBC Bank.

Ia berkata, komoditi itu kemungkinan meningkat naik kepada AS$1,800 (RM5,662) seauns menjelang akhir tahun apabila bank-bank pusat mengumpul emas bagi mempelbagaikan rizab masing-masing.
Dalam laporan penyelidikan Prospek Komoditi 2012 bank itu, OCBC berkata, pembelian emas yang dibuat oleh bank-bank pusat tahun lalu adalah tujuh kali lebih tinggi berbanding 2010.
Langkah itu menyebabkan berlaku aliran peningkatan bagi logam berharga itu apabila jongkong emas dianggap sebagai penyimpanan nilai bagi pelabur dan pihak berkuasa global.

“Kini, kami melihat harga emas semasa sekitar AS$1,600 seaun sebagai agak wajar,” kata bank itu.

Emas, katanya, telah mencatatkan prestasi cemerlang, meningkat hampir 20 peratus, bagi gabungan kadar pertumbuhan tahunan, bagi tempoh 10 tahun lalu.

OCBC percaya aliran itu akan berterusan tahun ini kerana kenaikan harga emas didorong oleh persekitaran kadar faedah sebenar negatif apabila bank-bank pusat dijangka menurunkan kadar faedah atau mengekalkannya pada paras terendah untuk menyokong pertumbuhan.
Buat masa ini, emas masih dicadangkan sebagai komoditi yang selamat, kata bank itu.

Memetik kaji selidik Bloomberg baru-baru ini, bank itu berkata daripada 26 peniaga, 70 peratus masih yakin dengan kedudukan harga emas yang tinggi disebabkan keperluan untuk melindungi aset. – BERNAMA